Sekian lama kita di Malaysia nanti-nantikan saat ini dan akhirnya ianya mungkin akan menjadi kenyataan bila Apple Store dijangka dibuka di The Exchange TRX menjelang tahun 2022.
Berita ini dilaporkan The Edge Malaysia dan Apple menyatakan minat mereka untuk membuka cawangan yang ketiga mereka di Asia Tenggara selepas Thailand dan Singapura.
Banggunan The Exchance TRX sebelum ini telah menawarkan sebuah pasar raya mewah yang bakal dipenuhi lebih 400 jenama terkemuka seluruh dunia.
Ia juga akan menjadi hab bisnes yang mewah dan dengan berita pembukaan Apple Store ini sudah pasti menjadikan ia lebih menarik lagi.