Apple Perkenal iPhone 17e & iPad Air M4 Di Malaysia : ‘Pre Order’ Bermula 4 Mac 2026

Teknologi

Apple Perkenal iPhone 17e & iPad Air M4 Di Malaysia : ‘Pre Order’ Bermula 4 Mac 2026

Apple secara rasmi memperkenalkan iPhone 17e baharu serta iPad Air yang dikemas kini, sekali gus memberi sentuhan premium kepada barisan peranti pertengahan mereka.

iPhone 17e kini dikuasakan cip A19, menjadikannya antara model mampu milik dengan prestasi setaraf peranti kelas atasan. Ditawarkan pada harga bermula RM2,999, model ini hadir dengan storan asas 256GB, iaitu dua kali ganda berbanding generasi terdahulu.

Advertisement

apple 17e

Peranti ini tampil dalam tiga warna elegan iaitu hitam, putih dan merah jambu lembut baharu, serta dilindungi dengan Ceramic Shield 2 yang lebih tahan lasak. Dari segi kamera, ia dilengkapi sistem 48MP Fusion bersama pilihan telefoto 2x. Apple turut memperkenalkan modem rekaan sendiri, C1X, yang menawarkan kelajuan data mudah alih lebih pantas.

iPhone 17e juga didatangkan dengan butang Action serta ciri keselamatan berasaskan satelit seperti Emergency SOS dan Find My.

apple 17e

Dalam masa sama, iPad Air baharu kini menerima cip M4 yang menawarkan peningkatan kelajuan sekitar 30 peratus berbanding model M3, selain prestasi grafik yang lebih mantap untuk permainan dan tugasan berat.

Tablet ini tersedia dalam dua saiz, 11 inci dan 13 inci, serta dilengkapi 12GB unified memory bagi mengendalikan tugasan berasaskan kecerdasan buatan (AI) dengan lebih lancar. Apple turut menyepadukan cip tanpa wayar N1 yang menyokong Wi-Fi 7 serta sambungan Bluetooth yang lebih stabil.

Bagi model selular, ia menggunakan modem C1X yang memberikan prestasi data sehingga 50 peratus lebih pantas berbanding iPad Air terdahulu.

apple ipad17e

apple

Aksesori seperti Apple Pencil Pro dan Magic Keyboard masih serasi, menjadikannya pilihan sesuai untuk pelajar serta pencipta kandungan.

Harga iPad Air 11 inci bermula RM2,799 manakala versi 13 inci ditawarkan pada harga bermula RM3,699.

Tempahan awal dibuka pada Rabu, 4 Mac 2026 dan akan mula dijual secara rasmi pada 11 Mac 2026.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-26 12:23:13

'Dating Apps' Untuk Golongan Songsang Kini Disekat Akses Di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...