Apple Mungkin Tidak Akan Melancarkan iPhone 12 Pada Tahun Ini Kerana Coronavirus

Teknologi

Apple Mungkin Tidak Akan Melancarkan iPhone 12 Pada Tahun Ini Kerana Coronavirus

Pada setiap bulan September, Apple kebiasaannya akan melancarkan produk terbaru mereka terutamanya model terbaru untuk iPhone. Pada tahun lalu, Apple Event 2019 telah memperkenalkan tiga model iPhone 11 di dalam acara tersebut ditambah dengan pelancaran iPad 2019 dan Watch Series 5.

Baca: Apple Event 2019: Tiga Model iPhone 11 Diperkenalkan Dengan Tambahan iPad 2019 Dan Watch Series 5

Advertisement

Tahun ini, model iPhone 12 dijangkakan dilancarkan pada bulan September tetapi melihatkan kepada keadaan semasa ianya mungkin tidak akan berlaku. Berdasarkan laporan, pelancaran tersebut mungkin akan dibatalkan oleh Apple tidak lama lagi.

Walaupun majlis pelancaran tersebut akan berlangsung pada bulan September, yang berkemungkinan penularan wabak ini sudah reda di seluruh dunia. Tetapi keadaan ekonomi pada waktu itu tidak memungkinkan orang ramai untuk membelinya. Dan ini akan menjejaskan reputasi Apple.

iphone 12

Penangan wabak COVID-19 ini sudah pastinya memberikan tamparan hebat kepada ekonomi di seluruh negara. Selain daripada faktor tersebut, Apple juga mengalami masalah dalam menghasilkan prototaip model iPhone 12 kerana gagal diterbangkan ke China.

Sejak perkhabaran model iPhone 12 bakal muncul, ramai pengguna Apple yang sudah tidak sabar menantikan model terbaru ini yang dikatakan lebih dahsyat dari model sebelum ini. Malah, ada laporan yang memberitahu sebanyak enam model iPhone 12 bakal dilancarkan pada tahun ini.

Artikel berkaitan: Apple Bakal Lancarkan Enam Model iPhone 12 Pada Tahun Hadapan

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...