Apple Menyahaktifkan Iphone Yang Dicuri Dalam Tunjuk Perasaan di Amerika Syarikat

Trending

Apple Menyahaktifkan Iphone Yang Dicuri Dalam Tunjuk Perasaan di Amerika Syarikat

Amerika Syarikat baru-baru ini digegarkan oleh insiden tunjuk perasaan bagi solidariti di atas kematian George Floyd yang disebabkan oleh anggota polis Minneapolis.

4 years ago

Anggota Polis Melutut Mohon Maaf Bersama-Sama Penunjuk Perasaan Semasa Protes George Floyd

Advertisement

Namun, terdapat segelintir yang telah mengambil kesempatan dengan memulakan rusuhan serta menyamun dan melakukan rompakan. Antara yang menjadi mangsa rompakan ialah beberapa premis Apple Store di sana.

Mereka telah memecahkan pintu kaca premis dan mengambil iPhone, iPad, Apple Watch, MacBook dan iMac yang diletakkan di ruang pameran dan juga stok di dalam stor.

Malangnya mereka tidak mengetahui bahawa peranti demo di Apple Store dilengkapi sistem automatik nyahaktif apabila dilaporkan ia dicuri.

Tular di media sosial, imej yang dimuat naik oleh seorang individu yang mungkin teah mencuri iPhone tersebut. Pada imej tersebut terdapat paparan amaran supaya memulangkan semula iPhone tersebut ke lokasi yang dipaparkan. Ia turut menyatakan peranti tersebut sedang dijejak dan pihak berkuasa turut telah dimaklumkan.

Peranti Apple mempunyai sistem GPS yang menjejak lokasi peranti supaya ianya boleh dikesan dengan mudah oleh pemiliknya sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian. Sekiranya pencuri tersebut tidak mahu memulangkan iPhone tersebut ianya tidak akan boleh digunakan selama-lamanya dan kebarangkalian mereka dikesan dan ditangkapa adalah tinggi.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...