Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple melancarkan perhidmatan kad kreditnya sendiri. Kad kredit titanium yang disambung secara terus bersama Apple Pay.
Melalui penggunaan Apple Card, para pengguna bakal menikmati kad tanpa sebarang caj langganan, kadar faedah yang rendah, ganjaran berganda buat pengguna Apple serta penawaran sekuriti yang lebih baik buat pengguna.
Menariknya, ia berfungsi secara global dan di mana sahaja Apple Pay diterima, membolehkan menjejaki perbelanjaan dalam aplikasi e-Wallet dan memberi tumpuan kepada privasi transaksi.
Untuk pengetahuan umum, kad kredit ini daripada Apple dengan hasil bersama Goldman Sachs serta Mastercard. Setakat ini, Apple Card cuma ditawarkan di Amerika Syarikat dan bakal ditawarkan di negera-negara lain kelak.
Sumber: Apple