Apple Memanggil Semula Plug Penyesuai 3 Cabang Di Hong Kong, Singapura, Malaysia dan United Kingdom Kerana Dilaporkan Berbahaya

Teknologi

Apple Memanggil Semula Plug Penyesuai 3 Cabang Di Hong Kong, Singapura, Malaysia dan United Kingdom Kerana Dilaporkan Berbahaya

Semua plug penyesuai tiga cabang yang direka mengikut kesesuaiaan beberapa negara ditarik balik oleh Apple Inc.

Semalam dalam satu kenyataan, syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc mengumumkan menarik balik semula plug penyesuai tiga di beberapa negara seperti Hong Kong, Singapura, Malaysia dan United Kingdom, secara sukarela.

Advertisement

Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan tindakan itu dibuat susulan daripada enam kejadian kejutan elektrik yang berpunca daripada plug seumpama itu di seluruh dunia.

Ia merangkumi semua plug Mac Apple dan beberapa peranti iOS yang dikeluarkan antara tahun 2003 dan 2010 termasuk plug penyesuai pelancongan dunia Apple.

“Oleh kerana keselamatan pelanggan menjadi keutamaan, Apple meminta semua pelanggannya untuk berhenti menggunakan plug penyesuai berkenaan.

Tambah Apple, pertukaran plug berkenaan tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Penarikbalikan ini tidak merangkumi penyesuai kuasa USB Apple.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...