Apple Kongsi Keindahan Sawah Padi Sabak Bernam, Foto Anak Muda Malaysia Ini Raih Perhatian Dunia

Teknologi

Apple Kongsi Keindahan Sawah Padi Sabak Bernam, Foto Anak Muda Malaysia Ini Raih Perhatian Dunia

Bagai tidak henti mendapat perhatian dunia, jenama teknologi terkenal Apple, kini tampil berkongsi foto suasana hening sawah padi di Sabak Bernam hasil tangkapan kreatif daripada seorang anak muda yang kenali sebagai Muhammad Faris Danial.

Biarpun sebelum ini negeri Perlis dan Terengganu pernah melakar sejarah apabila Apple tampil memuat naik foto dari negeri tersebut dalam salah sebuah postingnya dahulu, namun keindahan sawah padi ini juga antara yang wajar diketengahkan.

Advertisement

sabak bernam iphone

Beliau yang sebelum ini berkongsi foto tersebut dengan kapsyen ringkas “Santai Isnin” bersama tanda pagar #shotoniPhone sekitar Julai lalu khabarnya amat berbangga dengan berita tersebut.

Malah, entri itu juga bagai tidak henti-henti mendapat pujian daripada wargamaya yang mengagumi bakat dan kebolehan yang dianugerahkan kepada jejaka tersebut yang mahir dalam dunia penggambaran.

Tidak kurang juga, ada yang turut menumpang bangga dengan hasil yang disajikan Faris ke mata dunia.

Sehingga kini, foto tersebut difahamkan telah meraih lebih 200,000 tanda suka selepas dimuat naik dua hari lalu di laman rasmi Apple yang telahpun mengumpul hampir 24 juta pengikut seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...