Apple Kongsi Cara Untuk Elakkan MacBook Berfungsi Secara Automatik Apabila Panel Dibuka

Teknologi

Apple Kongsi Cara Untuk Elakkan MacBook Berfungsi Secara Automatik Apabila Panel Dibuka

Produk Apple menjadi popular kerana menawarkan kaedah penggunaan yang ringkas dan mudah, berbeza dengan peranti Android yang lebih fleksibel dan memberi lebih kebebasan kepada pengguna.

Dengan peningkatan penggunaan media sosial, semakin ramai yang menjadi “pakar” Apple apabila mereka berkongsi pelbagai tips.

Advertisement

Minggu lepas, Apple berkongsi cara untuk mengemas kini atau memastikan AirPods sentiasa menjalankan perisian terkini.

Macbook

Terbaru, Apple berkongsi cara untuk memastikan MacBook tidak dihidupkan secara automatik apabila skrin dibuka atau peranti disambungkan kepada pengecas.

Seperti yang diketahui, pengguna produk Mac jarang mematikan atau menghidupkan peranti mereka, menyebabkan Apple meletakkan butang kuasa Mac Mini di bawah peranti.

Memetik Amanz, bagi memastikan MacBook kekal dalam keadaan mati atau mod shutdown dan tidak terhidup apabila skrin dibuka atau pengecas disambungkan, peranti perlu menjalankan macOS Sequoia.

Apple Support

Terminal Macbook

Kemudian, buka aplikasi Terminal dan masukkan arahan sudo nvram BootPreference=%00 untuk memastikan MacBook kekal mati apabila skrin dibuka.

Jika anda mahu MacBook kekal mati ketika sedang dicas, masukkan sudo nvram BootPreference=%01. Untuk memastikan MacBook hanya boleh dihidupkan apabila pengecas disambungkan, masukkan sudo nvram BootPreference=%02.

Setelah selesai, tekan Enter atau Return dan masukkan kata laluan pentadbir. Jika anda ingin kembali ke tetapan lalai, buka Terminal dan masukkan sudo nvram -d BootPreference. Dengan cara ini, anda dapat memastikan MacBook akan kekal mati walaupun skrin dibuka atau pengecas disambungkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Whatsapp meta akses instagram facebook
2 weeks ago

Meta Bakal Perkenal Fungsi 'Log In' WhatsApp Melalui Akaun Instagram Dan Facebook Tidak Lama Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Apple

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...