Sejak Presiden Donald Trump menaikkan tarif perdagangan, syarikat-syarikat besar seperti Apple dan Nintendo mengambil langkah segera untuk mengurangkan kos operasi.
Menurut laporan The Times of India, Apple menghantar lima pesawat kargo membawa iPhone dan produk lain dari China dan India ke AS pada akhir Mac, sebagai usaha mengelak cukai import asas 10% yang berkuat kuasa mulai 5 April. Penghantaran ini tiba dalam tempoh tiga hari, membolehkan Apple menyimpan stok bagi menampung permintaan selama beberapa bulan.
Sumber memaklumkan bahawa langkah ini membantu Apple mengekalkan harga produk tanpa peningkatan mendadak. Mulai 9 April, produk dari China, Vietnam, dan India dijangka dikenakan tarif lebih tinggi.
Rosenblatt Securities menjangkakan kos iPhone boleh meningkat sehingga AS$2,300 (~RM11,250), berbanding harga semasa iPhone 16 Pro Max sekitar AS$1,599 (~RM7,195.50).
Sementara itu, Nintendo juga mengambil tindakan serupa dengan menghantar lebih 383,000 unit Switch 2 dari Vietnam dan Kemboja ke AS dalam tempoh lima hari pada Januari, menurut Financial Times, bagi mengelak impak tarif baharu yang dikenakan Trump baru-baru ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.