Caviar merupakan syarikat dari Rsuai yang menjual barangan mewah yang berinspirasikan emas. Sebelum ini mereka mengeluarkan pelbagai versi product bersalut emas yang memang gila. Terbaru mereka mengeluarkan iPhone X bersalut emas yang bertemakan president Rusia iaitu Vladimir Putin.
Versi Putin ini dikeluarkan semperna kemenangan Vladimir Putin di Russia. Putin memenangi undian president dengan kemenangan sebanyak 76%.
Versi iPhone ini dikenali sebagai iPhone X Putin Golden Age dan Caviar hanya mengeluarkan sebanyak 76 unit sahaja semperna kemenangan 76% Vladimir Putin.
Rekaan iphone ini dibuat khas dengan lapisan emas 24k dibahagian belakang serta ukiran yang unik pada rekaan badan iphone tersebut. Untuk ciri lain, ia adalah sama seperti versi biasa iPhone X.
Caviar menawarkan iPhone X versi 64GB ini pada harga 269,000RUB (~RM18388) dan versi 256GB pada harga 284,000RUB (~RM19413).