Apple telah menarik semula penjualan empat model iPhone dengan harga rendah di India. Sungguhpun begitu, keuntungan meningkat kerana penjualan model yang dijual pada harga yang lebih tinggi.
Apple telah menghentikan penjualan untuk iPhone SE, 6, 6Plus dan 6sPlus. Ini juga akan menaikkan harga pasaran iPhone di India lebih dari Rs8,000.
Ketua eksekutif Apple menyatakan bahawa penawaran untuk model ini telah dihentikan pada bulan lepas. Pengedar penjualan Apple telah dimaklumkan bahawa model paling asas ditawarkan di India kini ialah iPhone 6S.
Empat model iPhone ini sudah tiada stok di Amazon India, sementara di Flipkart, iPhone SE dan 6Plus juga sudah tiada stok untuk dibeli.
Strategi baharu di India kini menjual peranti seperti iPhone XR yang dilihat memberikan nilai yang baik kepada pengguna dan dijual pada harga yang setanding dengan spesifikasi yang ditawarkan.
Selain itu iOS 13 juga diubahsuai untuk memberikan sokongan kepada 22 bahasa utama di India dan kemampuan Siri memahami bahasa Inggeris dengan loghat India.
Inisiatif ini dilakukan bagi menekankan bahawa, Apple masih beranggapan India adalah salah satu pasaran penting untuk perniagaan.
Penganalisis telah menganggarkan bahawa penghantaran iPhone di India turun dengan mendadak pada tahun lepas dan akan terus jatuh pada tahun ini juga.
Walaubagaimanapun, Apple telah meluaskan operasi pemasangan iPhone di negara India dan bakal menawarkan model super premium.
Sumber: THE ECONOMIC TIMES