Apple Diramal Keluarkan iPhone ‘Foldable’, Dijangka Di Pasaran Tahun 2026

Teknologi

Apple Diramal Keluarkan iPhone ‘Foldable’, Dijangka Di Pasaran Tahun 2026

Kini kita sudah mempunyai gambaran awal tentang rupa iPhone boleh lipat keluaran Apple.

Pada 24 Disember, YouTuber Jon Prosser berkongsi paparan 3D terperinci peranti yang digelarnya sebagai “iPhone Ultra” menerusi platform penstriman video. Paparan tersebut memperlihatkan rekaan tanpa kesan lipatan skrin serta paparan dalaman seakan mini iPad.

Advertisement

Prosser sebelum ini turut berdepan saman berasingan daripada Apple susulan beberapa kebocoran tepat berkaitan iOS 26.

Menurut kebocoran itu, peranti ini menggunakan rekaan gaya buku yang dilihat mampu menyelesaikan masalah utama industri peranti boleh lipat iaitu kesan lipatan pada skrin.

Prosser mendakwa Apple mungkin menggunakan plat logam dan logam cecair bagi menghapuskan kesan lipatan tersebut. Paparan 3D menunjukkan skrin luaran bersaiz 5.5 inci yang boleh dibuka menjadi skrin dalaman 7.8 inci.

Ini secara efektif menjadikan peranti itu sebagai sebuah mini iPad, namun masih lebih nipis berbanding iPhone Air semasa. Prosser mendakwa ketebalan peranti hanyalah 4.5mm apabila dibuka dan 9mm apabila dilipat.

Peranti ini juga dilaporkan hadir dengan empat kamera keseluruhan, membolehkan pengalaman fotografi yang lebih versatil sama ada dalam mod telefon atau tablet.

Walaupun spesifikasinya kelihatan mengagumkan, tanda harga yang dikhabarkan mungkin membuatkan peminat tegar sekalipun berfikir dua kali.

Khabar angin menyebut iPhone boleh lipat ini bakal dijual pada harga antara USD2,000 (RM8,120) hingga USD2,500 (RM10,150).

Laporan terbaharu ini dianggap sebagai pandangan paling terperinci setakat ini mengenai masa depan iPhone.

Sementara itu, penganalisis Apple dari Bloomberg, Mark Gurman, bersama penganalisis Apple Ming-Chi Kuo, menjangkakan peranti berkenaan akan memasuki pasaran pada tahun 2026.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-29 13:29:34

Dah Tak Perlu Buat Akaun Baru, Google Kini Membenarkan Pengguna Menukar 'Username' Email

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...