Ramai di kalangan kita mungkin mengetahui bahawa permintaan terhadap Apple Iphone di China telah mengalami kemerosotan yang sangat teruk sejak kebelakangan ini.
Penyebab utamanya kerana harga jualan yang tinggi, tetapi inovasi yang diperkenalkan tidak begitu menyakinkan.
Berdasarkan laporan daripada MacRumors, Apple dilaporkan sedang bercadang untuk melancarkan Apple iPhone terbaru dengan harga yang lebih rendah khusus buat pasaran China.
Ini bertujuan mengembalikan semula perhatian pengguna di negara itu. Bagi pengeluaran iPhone terbaru di pasaran China ini, Apple telah merancang untuk memperkenalkan iPhone versi murah dengan sokongan pengimbas cap jari di dalam skrin.
Teknologi ini kosnya lebih rendah berbanding teknologi Face ID, dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kos penghasilan Apple iPhone.
Menurut The Global Times, Apple akan mengeluarkan iPhone terbaru di China selepas pasaran mereka turun mendadak seiring dengan perang dagang diantara Amerika Syarikat dan China dimana harga Apple iPhone dijual dengan lebih mahal di negara tersebut.
Bagi meningkatkan penjualan iPhone seiring dengan jumlah pasarannya yang besar, Apple berminat untuk melancarkan iPhone dengan harga yang lebih rendah.
Namun begitu, berita ini masih belum dapat dipastikan kebenarannya mengenai teknologi pengimbas cap jari di dalam skrin.
Persoalannya, adakah rakyat di China akan membeli iPhone terbaru ini walaupun harganya jauh lebih murah daripada biasa?