Badan pemantau telekom Russia telah bertindak menyekat penggunaan aplikasi WeChat yang berasal dari negara China itu.
Aplikasi media sosial yang popular ini dibangunkan oleh Tencent Holdings, ujar South China Morning Post memetik maklumat yang disiarkan di laman web Russian regulator’s.
Badan pemantau Roskomnadzor telah menerbitkan maklumat pada laman web berkenaan akhbar itu berkata, sambil menambah bahawa pihaknya telah menyedari akan pergerakan teknologi gergasi Cina Tencent di negara sejuk itu.
Tencent memberitahu Reuters bahawa pihaknya sedang memeriksa status app WeChat di Rusia dan mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan.
South China Morning Post berkata lagi, akses kepada aplikasi adalah terhad berdasarkan Perkara 15.4 undang-undang mengenai maklumat, teknologi maklumat dan keselamatan maklumat, menurut Roskomnadzor.
Sekatan yang ditetapkan kerana gagal menunaikan pelbagai tanggungjawab penyelenggara mengenai penyebaran maklumat di internet, ujar akhbar itu.
Aplikasi media sosial seperti Facebook (NASDAQ: FB) dan Twitter telah disekat di China, manakala Presiden China Xi Jinping menjadi pembela bersuara lantang atau lebih dikenali sebagai pejuang kedaulatan siber.
Sejak ia dilancarkan pada tahun 2011, WeChat menjadi platform mudah alih media sosial paling popular di China.
Sumber : Investing