Aplikasi Waze Kini Papar Harga Anggaran Tol

Teknologi

Aplikasi Waze Kini Papar Harga Anggaran Tol

Sebelum ini kita semua mengetahui aplikasi Waze telah mengemaskini aplikasinya untuk membantu pemandu menjimatkan wang dengan mempaparkan harga tol sepanjang perjalanan di Amerika dan Kanada sahaja.

Kini, anda semua tidak perlu risau lagi jika baki anda tidak mencukupi, kerana aplikasi Waze juga menawarkan fungsi ini kepada pengguna di Malaysia.

Advertisement

Kemaskini harga tol ini diperoleh dari laporan pengguna aplikasi yang telah melalui laluan terbabit.

harga tol dipaparkan

Jadi, semua pengguna bolehlah memaklumkan kadar bayaran baharu sekiranya ada perubahan.

Seperti biasa, pengguna boleh turut memilih menu “Routes” untuk membandingkan harga tol yang terlibat dalam perjalanan ke sesuatu destinasi dan memilih yang sesuai untuk anda.

Lepas ini anda bolehlah membuat anggaran berapa kadar tol yang perlu disediakan untuk menuju ke destinasi pilihan.

Di Malaysia rata-rata pengguna sebenarnya lebih banyak menggunakan Google Maps berbanding Waze berdasarkan satu kajian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...