Sebelum ini kita semua mengetahui aplikasi Waze telah mengemaskini aplikasinya untuk membantu pemandu menjimatkan wang dengan mempaparkan harga tol sepanjang perjalanan di Amerika dan Kanada sahaja.
Kini, anda semua tidak perlu risau lagi jika baki anda tidak mencukupi, kerana aplikasi Waze juga menawarkan fungsi ini kepada pengguna di Malaysia.
Kemaskini harga tol ini diperoleh dari laporan pengguna aplikasi yang telah melalui laluan terbabit.
Jadi, semua pengguna bolehlah memaklumkan kadar bayaran baharu sekiranya ada perubahan.
Seperti biasa, pengguna boleh turut memilih menu “Routes” untuk membandingkan harga tol yang terlibat dalam perjalanan ke sesuatu destinasi dan memilih yang sesuai untuk anda.
Lepas ini anda bolehlah membuat anggaran berapa kadar tol yang perlu disediakan untuk menuju ke destinasi pilihan.
Di Malaysia rata-rata pengguna sebenarnya lebih banyak menggunakan Google Maps berbanding Waze berdasarkan satu kajian.