Tupai, sebuah syarikat tempatan yang memfokuskan kepada pendidikan, kini membuka akses kepada orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan mereka, membolehkan pelajar mendaftar dan menggunakan Tupai dalam pembelajaran subjek matematik.
Tupai menawarkan perkhidmatan melalui antaramuka berbentuk perbualan, di mana pelajar boleh mengajukan soalan dan berinteraksi seperti berbual dengan rakan atau guru.
Tupai akan memberikan maklum balas serta mengajar pelajar langkah demi langkah untuk menyelesaikan masalah, memudahkan pemahaman mereka dalam menyelesaikan isu tersebut. Sokongan ini disediakan dengan menggunakan model kecerdasan buatan.
Tupai menawarkan dua pelan, iaitu versi percuma yang mengehadkan penggunaan kepada satu jam seminggu dan akses kepada satu kertas ujian, serta pelan berbayar RM80 sebulan yang menyediakan akses tanpa had kepada Tupai dan pelbagai kertas ujian.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh mencuba Tupai hari ini dan membantu anak-anak atau adik-beradik dalam memahami matematik dengan lebih mudah dan berkesan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.