Aplikasi Sugarbook Perlu Disekat Untuk Elak Kegiatan ‘Sugar Baby’

Kehidupan

Aplikasi Sugarbook Perlu Disekat Untuk Elak Kegiatan ‘Sugar Baby’

Baru-baru ini kecoh mengenai isu ‘sugar baby’ yang mana Malaysia terletak di kedudukan tiga tertinggi selepas Indonesia dan India di Asia yang mempunyai bilangan ‘sugar daddy’ tertinggi menerusi aplikasi Sugarbook.

Memetik laporan TheStar, aplikasi Sugarbook yang digunakan oleh pelajar daripada institusi pengajian tinggi perlu disekat dan jika hal ini benar-benar berlaku kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang terlibat khususnya kepada pengusaha aplikasi Sugarbook.

Advertisement

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, penggunaan aplikasi Sugarbook in perlu dielakkan di Malaysia. Hal ini demikian kerana boleh menggalakkan orang ramai untuk melakukan hal yang tidak sewajarnya dan bertentangan dengan undang-undang syariah.

Semakin banyak pelajar universiti awam mahupun swasta di negara Malaysia telah menggunakan aplikasi ini untuk mencari ‘sugar dadddy’ bagi menampung kewangan mereka khususnya sewaktu pandemik Covid-19 ini.

Oleh itu, perkara ini bakal disiasat oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan yang sewajarnya bagi membendung aktiviti tidak bermoral ini.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...