Pada tahun 2018, stesen minyak Petronas mula memperkenalkan aplikasi Setel bagi memudahkan pengguna membuat bayaran pembelian minyak secara dalam talian.
Sehingga ke hari ini, aplikasi ini nampaknya semakin mendapat perhatian pengguna menerusi fungsi-fungsi tambahan yang tersedia.
Baru-baru ini di Twitter, seorang pengguna media sosial bernama @IniAlannn telah menceritakan satu kejadian mengenai seorang pemuda yang ‘tersangkut’ dalam tandas stesen minyak Petronas.
Dia ‘tersangkut’ selepas mendapati stesen minyak tersebut telah terputus bekalan air dan bernasib baik apabila aplikasi Setel berjaya menyelamatkannya.
Bila kau dah tak tahan sangat nak membuang, sampai terpaksa singgah Petronas. Pastu lepas dah selesai membuang baru perasan toilet tak ada air ??? Mujurlaa dia ada apps Setel weh ?? pic.twitter.com/Q2MinplFHZ
— Bulan Ditutup Awan ? (@IniAlannn) August 5, 2021
Siapa sangka dalam keadaan ‘cemas’ itu, dia sempat berfikir untuk memohon bantuan menerusi aplikasi Setel. Servis khidmat pelanggan yang sangat responsif turut memainkan peranan penting dalam menyelamatkan keadaan.
Aplikasi Setel bukan hanya untuk pembelian minyak
Malah, ramai yang mengakui terkejut apabila mendapat tahu aplikasi tersebut boleh digunakan untuk tujuan selain daripada isian minyak.
Mana taknya, pemuda tersebut mungkin terpaksa memikirkan cara lain jika permintaan tidak mendapat respon daripada khidmat pelanggan.
Dalam mesej yang dihantar, pemuda itu memohon bantuan air mineral sebanyak 1.5 liter. Dia akan membuat pembayaran di tandas lelaki yang terletak paling hujung.
Lebih melucukan, pemuda tersebut sempat berseloroh dengan menyatakan kakinya sudah lenguh kerana menunggu terlalu lama.
“Sebab tu jangan tanya kenapa masuk toilet pun nak bawak phone.. penting tau”
Di ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur dan sempat berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui mereka.
Ramai juga yang meluahkan pendapat supaya sentiasa membawa telefon pintar ke tandas awam dan tandas di stesen minyak untuk mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.
Walaupun peristiwa dianggap kelakar namun secara tidak langsung orang ramai mula sedar mengenai fungsi yang tersedia pada aplikasi eksklusif untuk pengguna stesen minyak Petronas ini.
Kalau anda mengalami situasi yang sama, mungkin cara ini antara yang boleh dilakukan di stesen minyak Petronas.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara