Aplikasi media sosial terkenal Instagram bakal memperkenalkan ciri baru yang mempunyai fungsi ala TikTok bagi penggunanya mulai Ogos depan.
Syarikat itu pada Jumaat lalu, mengumumkan mereka sedang bersiap sedia untuk melancarkan ciri perkongsian video berkenaan yang dinamakan Reels itu, di Amerika Syarikat dan 50 negara lain.
Kemunculan Reels dijangka menjadi saingan kepada populariti TikTok selepas aplikasi itu dilarang dibeberapa buah negara seperti India dan Amerika Syarikat juga menunjukkan tanda bakal melakukan larangan yang sama.
Reels membolehkan penggunanya untuk merakam video berdurasi 15 saat dan menyuntingnya dengan muzik dan audio pilihan sebelumianya dikongsikan ke Instagram Story mereka.
Buat masa ini masih belum ada lagi tarikh rasmi bagi pelancaran aplikasi berkenaan.
Selain Instagram, YouTube juga sedang membangunkan satu ciri dinamakan Shorts bagi memberi saingan kepada TikTok.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.