Aplikasi Paling Gempak Dan Trending Untuk Edit Gambar, Muat Turun Secara Percuma Je!

Hiburan

Aplikasi Paling Gempak Dan Trending Untuk Edit Gambar, Muat Turun Secara Percuma Je!

Tahun 2019 ini, apakah perkara pertama yang anda lakukan bila buka handphone? Jawapannya tak lain tak bukan ialah layan Instagram! Kongsi gambar lah, kongsi video lah, kongsi Insta Story lah. Macam-macam benda yang boleh dilakukan di Instagram. Hari ini kami nak kongsikan beberapa applikasi yang akan membuatkan segala perkongsian anda di Instagram lebih “wow”, lebih “bermutu” dan lebih “awesome”. Confirm pengikut anda akan meningkat berkali-kali ganda punya lepas ini.  Semua applikasi ini adalah PERCUMA!

1. Prequel : Insta Story & Edit Gambar

Advertisement

Applikasi Prequel ini adalah untuk anda yang gemarkan efek LEBIH ekstra yang dapat menarik perhatian pengikut. Antara efek yang ada ialah VHS, Glitch, Spectra, Origami dan lain-lain lagi yang anda boleh pilih untuk dapat Insta-story yang paling bergaya. Untuk dapatkan lebih filters dan efek demi Insta Story yang lebih bombastik, anda boleh membuat pembelian in-apps di Prequel juga! Tapi, cadangan kami, versi percuma pun dah cukup dah.

Apple :  https://itunes.apple.com/my/app/prequel-effects-filters-cam/id1325756279?mt=8

2. Ulike – Swafoto yang paling bergaya!

Ha! Siapa yang muatnaik gambar ’selfie’ di Instagram, applikasi ini memang power! Mesti anda pelikkan apa yang istimewa sangat dengan app ni? Ulike adalah satu applikasi ‘beautycam’ yang bukan sahaja dapat, memberikan filter unik, malah ULIKE juga menyediakan templates untuk anda memudahkan anda menangkap gambar yang memberikan inspirasi. Sama ada anda tangkap gambar depan cermin, ber’selfie’ bersama kawan-kawan, minum kopi di kafe atau sedang berehat, pilih je mana-mana template yang telah tersedia. Senang, pantas dan hasilnya, cukup mengkagumkan!!!

Apple:  https://itunes.apple.com/us/app/ulike-define-trendy-selfie/id1398796436?mt=8
Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.gorgeous.liteinternational&hl=en 

3. VSCO

VSCO adalah satu aplikasi yang cukup terkenal di kalangan para pengguna Instagram.  Aplikasi yang digunakan untuk menyunting dan megubah gambar menjadi sebuah karya, telah dicipta oleh komuniti pencipta, untuk pencipta yang lain. Selain menggunakan aplikasi ini untuk menambah baik gambar anda, anda juga boleh bertukar pandangan, pengalaman, pendapat dan tetapan pilihan,. Senang cakap, VSCO adalah satu platform penghubung kepada komuniti pengguna Instagram seluruh dunia. Semua orang boleh beri inspirasi kepada orang lain.  Aplikasi VSCO boleh dimuat turun secara percuma tanpa sebarang bayaran. Jika mahukan lebih untuk ‘FILTERS’ jangan bimbang, anda boleh membuat pembelian dalam aplikasi yang tersedia dengan pelbagai pilihan ‘FILTERS’ untuk hasil karya anda.

Apple:  https://itunes.apple.com/us/app/vsco/id588013838?mt=8
Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.vsco.cam&hl=en

4. Planoly- Perancang aplikasi Instagram

Mereka yang menggunakan Instagram pasti faham betapa seksanya untuk mengekalkan idea tema yang dimuat naik gambar di Instagram, dan sentiasa harus berfikir beberapa langkah kehadapan supaya tidak merosakkan jalan cerita dan tema yang digunakan. Planoly adalah aplikasi yang direka untuk membantu pengguna merangka dan merancang ‘Post’ mereka lebih awal. Anda sebagai pengguna boleh meggunakan applikasi ini untuk mengubah kedudukan gambar mengikut citarasa anda sendiri, Kurang sesuai? Anda boleh ubah sekali lagi sehingga ia “matching” dengan keinginan anda.  Bukan itu sahaja, anda boleh menggunakan Planoly untuk merancang ‘Insta-Stories’! Menarik kan?

Apple: https://itunes.apple.com/us/app/planoly-planner-for-instagram/id1014568284?mt=8
Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.planoly.android&hl=en 

5. Passionation

Passionation adalah applikasi terbaru di Malaysia yang menyediakan satu platform buat para “influencer” di Malaysia. Ia menghubungkan “insta-femes” (influencer) seluruh Malaysia dengan para pengiklan yang ingin menggunakan perkhidmatan mereka. Passionation memudahkan komunikasi antara influencer dengan pengiklan. Para influencer boleh memilih kempen yang dirasakan sesuai dengan jenama diri mereka, kerana terdapat pelbagai projek dan kempen daripada pengiklan yang boleh dipercayai. Lebih-lebih lagi, Passionation dapat membantu influencers untuk meluaskan isi kandungan karya online mereka melalui kaedah programatik. Dengan itu, apa sahaja perkongsian para influencer ini akan mendapat mendapat lebih banyak pendedahan dan ‘likes’.

Kseimpulannya, applikasi Passionation adalah salah satu cara untuk anda menjana pendapatan tambahan menerusi Instagram. Kalau selama ini anda sekadar ber’selfie’, ber’Insta Story’ dan buat ‘Live Video’ tanpa mendatangkan apa-apa pulangan, inilah masa untuk anda mencuba applikasi Passionation ini.  Apa yang anda perlu lakukan ialah pergi ke https://passionation.app menerusi smartphone anda dan voila!!!, anda sudah bersedia untuk memulakan langkah pertama anda.

Untuk makluman,  Passionation akan mengadakan ‘grand launch’ di Brixton23 KL pada 29 Mac 2019! Brixton23 adalah restoran dan bar bertemakan filem Kingsman. Passionation akan memberi jemputan eksklusif untuk ‘grand launch’ tersebut. Sekiranya berminat, anda hanya perlu klik di sini untuk mendaftar dan anda berpeluang untuk memenangi pas jemputan eksklusif! Jumpa anda di sana!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...