Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pemberian wang sebanyak RM50 kepada rakyat Malaysia dengan syarat menerusi program ePenjana. Pemberian menerusi e-wallet atau dompet digital itu akan dikreditkan selepas orang ramai memuatnaik aplikasi MySejahtera.
Di dalam pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu tidak banyak butiran lanjut yang dikongsikan. Apa yang dapat dikongsikan adalah penerima mestilah berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun. Susulan pengumuman itu, aplikasi tersebut kini sesak sehingga tidak dapat diakses.
Pendaftaran untuk aplikasi MySejahtera sesak pada masa ini. Sila cuba mendaftar selepas beberapa jam. Harap maaf.
– CPRC KKM— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 8, 2020
Menerusi akaun Twitter, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu pendaftaran bagi aplikasi tersebut sesak seketika. Ini kerana orang ramai berpusu-pusu mendaftar selepas Dato’ Seri Ismail Sabri, Menteri Kanan (Keselamatan) mengumumkan bahawa RM50 itu akan dimasukkan ke dalam aplikasi dompet digital untuk mereka yang memuat-turun aplikasi MySejahtera.
Kerajaan turut mengeluarkan kenyataan agar orang ramai bersabar serta menunggu seketika sementara menantikan aplikasi MySejahtera dapat diakses oleh orang ramai. Menerusi ruangan komen, orang ramai masih lagi gagal untuk mendaftar disebabkan masalah itu. Menurut sumber, pemberian RM50 itu dijangka akan dikreditkan seawal bulan Julai ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.