Aplikasi Mampu Hasilkan Imej Realistik Dengan Hanya Sekeping Gambar Cetuskan Kontroversi

Teknologi

Aplikasi Mampu Hasilkan Imej Realistik Dengan Hanya Sekeping Gambar Cetuskan Kontroversi

Jika sebelum ini aplikasi FaceApp pernah mencetuskan fenomena dimana pengguna dapat menukar wajah kepada tua. Terkini satu aplikasi baru dari China iaitu Zao dilancarkan minggu lalu mendapat sambutan hangat apabila pengguna dapat menukar wajah selebriti dengan wajah sendiri menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI).

Hanya berdasarkan sekeping gambar yang dimuatnaik, pengguna dapat menggantikan wajah sesiapa yang diingini di dalam klip video kepada wajah anda. Maknanya, anda boleh jadi sesiapa pun yang anda mahu.

Advertisement

Hasil daripada penggunaan aplikasi Zao ini dikongsikan oleh seorang penggunanya, @AllanXia di laman Twitter. Ternyata memang imej yang dihasilkan seakan akan seperti imej asal dan bukannya di edit.

Walaubagaimanapun, pengguna tidak dapat lari daripada mempersoalkan privasi dimana data peribadi digunakan begitu sekali. Melihatkan kepada bagaimana mudahnya data pengguna diambil untuk imej di dalam video membuatkan rata-rata pengguna tidak berasa selamat.


Ada yang teruja dengan kecanggihan aplikasi ini namun ada juga yang risaukan tentang data peribadi mereka digunakan. Antara yang menjadi kerisauan ialah pengguna perlu membenarkan Zao untuk menggunakan gambar mereka untuk tujuan pemasaran.

Beberapa klip yang sudah siap diedit oleh pengguna ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Aplikasi Zao menjadi antara aplikasi yang paling banyak dimuat turun di China sejak pelancarannya minggu lalu.

Sumber: Bloomberg 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...