Jika sebelum ini aplikasi FaceApp pernah mencetuskan fenomena dimana pengguna dapat menukar wajah kepada tua. Terkini satu aplikasi baru dari China iaitu Zao dilancarkan minggu lalu mendapat sambutan hangat apabila pengguna dapat menukar wajah selebriti dengan wajah sendiri menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI).
Hanya berdasarkan sekeping gambar yang dimuatnaik, pengguna dapat menggantikan wajah sesiapa yang diingini di dalam klip video kepada wajah anda. Maknanya, anda boleh jadi sesiapa pun yang anda mahu.
Hasil daripada penggunaan aplikasi Zao ini dikongsikan oleh seorang penggunanya, @AllanXia di laman Twitter. Ternyata memang imej yang dihasilkan seakan akan seperti imej asal dan bukannya di edit.
In case you haven’t heard, #ZAO is a Chinese app which completely blew up since Friday. Best application of ‘Deepfake’-style AI facial replacement I’ve ever seen.
Here’s an example of me as DiCaprio (generated in under 8 secs from that one photo in the thumbnail) ? pic.twitter.com/1RpnJJ3wgT
— Allan Xia (@AllanXia) September 1, 2019
Walaubagaimanapun, pengguna tidak dapat lari daripada mempersoalkan privasi dimana data peribadi digunakan begitu sekali. Melihatkan kepada bagaimana mudahnya data pengguna diambil untuk imej di dalam video membuatkan rata-rata pengguna tidak berasa selamat.
Oh yeah, #Zao also works rather well with CG characters. I guess folks might not have to spend hours during character creation? I can see streamers loving this application of AI facial replacement. #DMC5 pic.twitter.com/AdpB4DIA00
— Allan Xia (@AllanXia) September 2, 2019
A new line probably needs to be drawn when it comes to “Transformative work” and I’d imagine new clauses will be drawn up in actor’s contracts since #Zao‘s success sets an clear example the advertising industry will not be able to ignore. Next #Avengers movie trailer anyone? pic.twitter.com/rSywFYoYeJ
— Allan Xia (@AllanXia) September 2, 2019
Ada yang teruja dengan kecanggihan aplikasi ini namun ada juga yang risaukan tentang data peribadi mereka digunakan. Antara yang menjadi kerisauan ialah pengguna perlu membenarkan Zao untuk menggunakan gambar mereka untuk tujuan pemasaran.
Beberapa klip yang sudah siap diedit oleh pengguna ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Aplikasi Zao menjadi antara aplikasi yang paling banyak dimuat turun di China sejak pelancarannya minggu lalu.
Sumber: Bloomberg