Aplikasi Lawan Pemadam Kini Di Telefon Pintar Anda Semua, Boleh Main Untuk Imbau Zaman Kanak-Kanak

Teknologi

Aplikasi Lawan Pemadam Kini Di Telefon Pintar Anda Semua, Boleh Main Untuk Imbau Zaman Kanak-Kanak

Lawan pemadam satu ketika dahulu sangat terkenal dalam kalangan kanak-kanak yang berada di sekolah rendah. Sanggup korbankan duit sekolah untuk beli pemadam  tambah koleksi dalam pensel box.

Lagi banyak pemadam yang ada, boleh tukar-tukar untuk bertanding dengan kawan-kawan di sekolah siapa lagi hebat.

Advertisement

Berlawan pemadam dengan menggunakan format “rampas”. Apabila berjaya “merampas” banyak pemadam pada hari persekolahan, kita akan pulang dengan penuh angkuh dan tersenyum lebar.

Kini, korang boleh main permainan legenda ini di telefon pintar. Berjudul “Rubber Wrestling”, game ini korang boleh muat-turun di Google Play Store (Android). Buat masa ini, game ini belum ada di Apple App Store (iOS).

Advertisement

Seperti pertempuran pemadam yang kita main sewaktu kecil, Rubber Wrestling turut meletakkan bendera negara di atas pemadam. Setakat ini, hanya lima negara yang boleh dipilih iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Gameplaynya cukup ringkas. Kita pilih bahagian pemadam mana yang ingin kita tekan, kemudian lepaskan apabila ingin melancarkan serangan. Makin lama kita tekan, makin kuat pemadam itu akan “terbang”. Dan semestinya, permainan akan dimenangi apabila kita berjaya menghempap pemadam lawan.


Soalan yang penting sekarang, adakah Rubber Wrestling akan menjadi salah satu game esports pada masa akan datang?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...