Aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’ Bakal Temui Rakyat Terengganu Yang Berdepan Kesukaran Mencari Pasangan Hidup

Teknologi

Aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’ Bakal Temui Rakyat Terengganu Yang Berdepan Kesukaran Mencari Pasangan Hidup

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menerusi satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan mereka sedang membangunkan aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’, khas buat rakyat Terengganu.

Aplikasi tersebut dibina untuk rakyat negeri itu yang berdepan kesukaran mencari jodoh dan pasangan hidup dan khabarnya sudah mencapai tahap 97-98% siap.

Advertisement

Aplikadi Jodoh Darul Iman dibangunkan oleh Top IT Industries Sdn. Bhd. dan direka khusus untuk memudahkan rakyat Terenggan dalam mencari jodoh secara percuma.

Pelbagai penambahbaikan telah dibincangkan bagi memastikan aplikasi ini berfungsi dengan lebih baik dan memenuhi keperluan pengguna.

YPKT juga menzahirkan harapan agar aplikasi itu dapat memberi manfaat kepada rakyat Terengganu dalam membina hubungan institusi keluarga yang lebih baik.

Dalam lambakan aplikasi mencari jodoh yang tersedia di pasaran kali ini, Jodoh Darul Iman memiliki ciri-ciri unik dan percuma untuk kegunaan rakyat Terengganu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

IMAC 2024 m4 chip
2 months ago

iMac Terbaharu Dengan Kekuatan Pemproses M4 Kini Di Pasaran, Model Terdahulu Dijual Harga Jauh Lebih Rendah!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...