Aplikasi ‘Check Scammers CCID’ Bantu Pengguna Menyekat Penambahan Mangsa Penipuan Dalam Talian

COVID-19

Aplikasi ‘Check Scammers CCID’ Bantu Pengguna Menyekat Penambahan Mangsa Penipuan Dalam Talian

Penipuan panggilan melalui telefon sudah tidak asing lagi pada zaman kini. Bilangan mangsa penipuan dalam talian sudah terlalu ramai. Apa lagi ketika negara kita sedang berjuang untuk menghalang penyebaran virus Covid-19, terdapat segelintir individu yang cuba mengambil kesempatan atas masalah ini.

Baca: Ditipu Sehingga RM15 Ribu, Penjual Topeng Muka Ambil Kesempatan Atas Penularan Wabak COVID-19

Advertisement

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini telah pun melancarkan sebuah halaman khusus bagi memudahkan pengguna menyemak beberapa info, sekaligus dapat mengelak menjadi mangsa penipuan dan scam.

Check Scammers CCID

Aplikasi tersebut telah dinamakan sebagai ‘Check Scammers CCID’, bertujuan untuk membantu anda membuat semakan terlebih dahulu berkenaan sesuatu nombor akaun bank atau nombor telefon bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan.

Melalui aplikasi tersebut, apabila pengguna melakukan semakan, paparan maklumat yang tertera akan membolehkan anda mengetahui sama ada akaun bank atau nombor telefon berkenaan mempunyai rekod polis ataupun sebaliknya.

Ini boleh meningkatkan lagi kepercayaan sekaligus dapat mengelakkan anda daripada menjadi mangsa. Untuk anda yang menggunakan peranti Android dan kerap melakukan pembelian atas-talian, anda boleh menyemak aplikasi ‘Check Scammers CCID’ ini.

Orang ramai perlu bersikap lebih berwaspada dengan golongan individu yang cuba untuk meminta sumbangan atau dana atas nama bantuan untuk disalurkan kepada pesakit Covid-19.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...