Sebelum ini, Apple telah menyediakan perkhidmatan Apple Music untuk pengguna Android. Kini, syarikat tersebut juga mengembangkan perkhidmatan Apple TV untuk pengguna Android di seluruh dunia.
Mulai hari ini, pengguna peranti Android, termasuk telefon pintar dan tablet, boleh memuat turun aplikasi Apple TV dan melanggan untuk menonton pelbagai kandungan melalui aplikasi tersebut.
Dengan langkah ini, pengguna Android dapat menikmati kandungan yang ditawarkan oleh perkhidmatan penstriman Apple, yang sebelum ini hanya tersedia untuk pengguna peranti Apple sahaja.
Perkhidmatan penstriman Apple TV+ telah diperkenalkan pada 1 November 2019 dan menawarkan pelbagai siri TV dan filem eksklusif. Di Malaysia, ia boleh dilanggan pada harga RM29.90 sebulan.
Bagi yang berminat, anda boleh memuat turun aplikasi Apple TV melalui Google Play Store hari ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.