Apendiks Sudah Pecah, Apex Mentor Milenia Jalani Pembedahan Setelah Mengadu Sakit Perut

Hiburan

Apendiks Sudah Pecah, Apex Mentor Milenia Jalani Pembedahan Setelah Mengadu Sakit Perut

Bekas juara Mentor Milenia, Apex Tajudin dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan membuang apendiks ataupun prosedur Apedektomi di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu, Terengganu, semalam.

Apex atau nama sebenarnya Ahmad Amirul Hafiz, 24, dia dibawa isterinya ke sebuah klinik swasta setelah dua hari demam dan mengadu sakit perut.

Advertisement

“Sebelum itu dua hari saya demam. Semalam isteir bawa saya ke klini swasta selepas saya mengadu sakit perut. Bila doktor buat imbasan, kesan apendiks dan terus rujuk hospital.”

Setelah melakukan imbasan di bahagian abdomen, terdapat kelainan di bahagian apendiks dan dia terus dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Menurut penyanyi lagu Panggung ini, ketika sampai saja di hospital, Apex terus dibawa ke bilik pembedahan pada hari yang sama.

Malah, ketika pembedahan dilakukan Apex diberitahu oleh doktor bertugas bahawa apendiksnya sudah pecah.

“Sebelum ni ada gastrik saja, tak tahu ada masalah apendiks. Bila bedadh doktor cakap dah pecah. Alhamdulilah dah selesai pembedahan. Tiga jam juga duduk dalam dewan bedah,”

Peminat yang mengikuti perkembangan bekas protege penyanyi Hazama ini rata-rata mengucapkan takziah dan mendoakan Apex supaya cepat sembuh dan sihat sediakala.

Sumber : Gempak.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...