Sedang bercinta segalanya manis dan indah belaka. Begitulah agaknya dengan pasangan penjaga gawang bolasepak terkenal negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apek dengan kekasihnya yang terbaru iaitu si cantik manis Leuniey Natasha. Malam 13 Oktober ialah merupakan sambutan hari lahir Leuniey dan dan penjaga gawang ini telah meluangkan masa untuk meyambutnya bersama Leuniey, rakan dan keluarga.
Okaylah tu kan. Sekurang-kurangnya kali ini Apek tidak menyambut ulangtahun kelahiran kekasih di kelab malam. LOL. Doakan saja segalanya baik buat mereka sehingga sampai ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat. Kredit gambar Instagram Leuniey.