“Apalah Perasaan Isteri Shukri Tengok Babak Ni..” – Babak ‘Bilik Mandi’ Drama Layang-Layang Perkahwinan Undang Kecaman Netizen?

Hiburan

“Apalah Perasaan Isteri Shukri Tengok Babak Ni..” – Babak ‘Bilik Mandi’ Drama Layang-Layang Perkahwinan Undang Kecaman Netizen?

Drama terbaru saluran Astro, Layang-Layang Perkahwinan baru-baru ini menjadi sebutan ramai gara-gara jalan ceritanya yang menarik serta barisan pelakon hebat yang menjiwai watak dalam naskah berkenaan.

Terbaru, satu adegan babak drama itu menjadi sebutan warga maya gara-gara terlalu ‘explicit’ dan tidak senonoh.

Advertisement

Adegan tak senonoh

Malah, ada juga netizen yang kecewa apabila pelakon kegemaran mereka, Shukri Yahya dikatakan ‘tergamak’ membawa watak berkenaan.

Dalam adegan tersebut, Shukri yang membawa watak Azim dilihat sedang mandi dan Alya Iman sebagai Tsuraya datang mendekatinya.

Setelah beberapa dialog, Azim bertanyakan Tsuraya sama ada sudah mandi dan menarik tangan wanita itu sambil tersenyum.

Netizen sedih Shukri ambil watak Azim

Video babak itu kemudiannya dimuat naik seorang individu di aplikasi X dan telah mengundang pelbagai respon dalam kalangan netizen.

Kata netizen, adegan tersebut tidak patut diluluskan untuk ditayang kerana mempunyai unsur lucah selain tidak sesuai ditayangkan di Malaysia.

“Tak sangka Shuk ambil watak macam ni. Aduhai” luah netizen kesal.

Sekadar info, drama Layang-Layang Perkahwinan adalah siri drama arahan Eyra Rahman dan naskah tersebut dibintangi pelakon Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny, Keith Foo, Alya Iman dan juga Aishah Illias.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain di pautan di bawah.

shila amzah
11 months ago

"Comelnya Baby Bump.." - Shila Amzah Buat Persembahan Ketika Hamil, Buat Peminat Teruja!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...