Apalah Nasib Si Suami Bila Kantoi Dengan Bini Ada ‘Cawangan’ Baru?

Hiburan

Apalah Nasib Si Suami Bila Kantoi Dengan Bini Ada ‘Cawangan’ Baru?

Kami bawakan sedutan eksklusif behind the scene drama trending, Isteri Misteri untuk korang. Korang tahu tak apa antara tanda-tanda awal yang boyfriend atau suami korang ada sorok rahsia besar? Contohnya, macam ada perempuan lain ke? Sebab, Yatie ada share satu cara kalau nak tahu tentang isu ini!

Yatie (lakonan Sharifah Sakinah) kata, dia dapat agak ada something wrong bila Rizal (Sharnaaz Ahmad) mula tak angkat telefon.

Advertisement

“Selalunya dekat Google kan, mesti ada cakap macam mana nak trace lelaki penipu. Diorang (Google) ada cakap tau, telefon selalu tak angkat. Lepastu, selalu banyak kerja. Tapi sebenarnya takde kerja pun.”

Bukan Yatie je yang cakap, Lisa (Azira Shafinaz) pun setuju dengan statement tersebut.

Kata Lisa, bukan setakat kaya, tapi Rizal pandai sangat jaga hati dia. Rizal suka bawa dia pergi shopping beg, bawa dia jumpa designers, dan paling penting Lisa tak perlu jadi fake pun depan Rizal sebab Rizal terima dia seadanya.

“I memang takut dengan isteri nombor dua. Dia selalu ugut nak bunuh I. I tak boleh tau, I takut sangat. Sebab tu I perlukan Rizal selalu ada dengan I. Tapi bila dia buat dekat I macam ni, mulalah I teringat balik dekat ex I.”

Tapi of course paling kesian mestilah Emma (Tiz Zaqyah), isteri pertama Rizal. Bercinta dari zaman kolej, lepastu berkahwin, tiba-tiba dapat tahu yang Rizal kahwin lain. Bukan satu, tapi dua! Emma dah buat macam-macam, jaga anak-anak, jaga makan minum Rizal, tapi itu balasan yang dia dapat? Jangan sampai Emma hayun kayu golf dekat kepala Rizal baru dia nak sedar.

Tapi, bila dah dengar luahan dari ketiga-tiga isteri Rizal, memang semua ada potensi untuk jadi pembunuh Rizal. Korang tahu tak ada orang tua bagitau Rizal yang ada salah seorang isteri nak bunuh dia. Agak-agak korang, siapa?

Jadi, kalau nak tahu jom lah kita tengok Isteri Misteri sekarang! Korang boleh tonton drama ni setiap hari Rabu dan Khamis, pada jam 6 petang di TV3 ataupun jam 7 petang di Viu! Korang download je apps tersebut di App Store atau Google Play, ataupun layari www.viu.com untuk tonton Isteri Misteri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...