Pelakon Nora Danish memaklumkan dia sudah memberikan pakaian dan busana-busana yang memperlihatkan auratnya sebelum ini kepada rakan-rakan bukan beragama Islam.
Ujar Nora, dia tidak boleh menjual pakaian tersebut kerana dosa orang yang membeli barangnya itu akan ditanggung olehnya.
Pakaian-pakaian zaman saya seksi itu semuanya sudah diberikan kepada rakan-rakan saya yang bukan Islam.
Sebab kalau saya nak jual pakaian itu tidak boleh, ibaratnya saya akan tanggung dosa mereka yang akan membelinya. Lama dah saya ‘let go’ semua pakaian itu, dah tak simpan lagi.
Malah menurut pelakon jelita itu lagi, dia kini sedang berusaha memadam kesemua foto yang dianggap keterlaluan di Instagram miliknya.
Saya sebenarnya perlu buang semua gambar tidak menutup aurat di Instagram tetapi mengambil masa kerana jumlah gambar di Instagram ada lebih kurang 26,000.
Saya baru buang beberapa ribu dan masih ada banyak lagi, saya kena belek satu-satu. Apabila tengok gambar-gambar lama, saya cakap dalam diri ‘apa lah aku buat dulu’.
Namun itu merupakan proses kehidupan. Kalau tidak lalui fasa-fasa itu, mungkin tidak rasa menyesal seperti sekarang.
Dia juga memohon orang ramai untuk mendoakan dirinya agar kekal istiqamah dalam jalan menuju reda Allah.
Untuk berhijrah itu senang tapi untuk istiqamah itu tidak mudah. Istiqamah perlu dipandang dari pelbagai sudut termasuk ingin jaga solat awal waktu dan beberapa lain lagi.
Saya berharap dan sentiasa berdoa kepada Allah untuk kekalkan rasa sedih, rasa berdosa dalam diri selama-lamanya. Kalau tanya saya petua untuk istiqamah, saya tiada jawapan. Tetapi sentiasa berdoa dikelilingi orang yang baik untuk sentiasa mengingatkan saya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.