Apakah Sebenarnya Yang Berlaku Di Yaman Pada Ketika Ini?

Trending

Apakah Sebenarnya Yang Berlaku Di Yaman Pada Ketika Ini?

Perang saudara yang meletus di Yaman kini telah meragut lebih daripada 16,000 nyawa dan menyebabkan 13 juta orang berada di ambang kebuluran. Konflik tersebut merupakan perebutan kuasa di antara kekuatan persaingan di Timur Tengah ketika gabungan yang dipimpin Arab Saudi memerangi pemberontak yang disokong oleh Iran.

Konflik Yaman ini turut digelar sebagai krisis kemanusiaan terburuk dalam sejarah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Advertisement

Bagaimana berlakunya perang?

Pertempuran ini dikesan bermula daripada penyerahan kuasa dari Presiden autokratik lama iaitu Ali Abdullah Saleh kepada timbalannya dan presiden sekarang Abdrabbuh Mansour Hadi pada bulan November 2011.

Saleh terpaksa mundur dalam usaha untuk mengembalikan kestabilan negara itu setelah Arab Spring, beberapa siri pemberontakan di Timur Tengah dan Afrika Utara. Sebagai presiden, Hadi berjuang untuk menangani pelbagai masalah termasuk serangan oleh para jihadis serta korupsi, pengangguran dan masalah kekurangan makanan.

yaman

Sementara itu, gerakan Houti memanfaatkan kelemahan presiden baru ini dengan menguasai wilayah utara iaitu wilayah Saada dan wilayah-wilayah jirannya. Kebanyakan rakyat Yaman biasa yang tidak senang dengan peralihan antara presiden, menyokong Houthi.

Pada akhir 2014 dan awal 2015, pemberontak yang setia kepada Saleh secara beransur-ansur mengambil alih ibu kota Sanaa, sebelum berusaha menguasai seluruh negara yang menyebabkan Hadi melarikan diri dari negara itu pada bulan Mac 2015.

Penglibatan Arab Saudi

Pada Januari 2015, pemberontak Houthi iaitu Muslim Syiah yang disokong oleh Iran menguasai sebahagian besar negara termasuk ibu kota Sanaa. Hadi kemudian ditahan di rumahnya tetapi berjaya menyelamatkan diri di Arab Saudi sebelum kembali ditemui Aden.

Pemerintahannya masih lagi diiktiraf di peringkat antarabangsa. Gabungan yang dipimpin Arab Saudi dan negara-negara majoriti Sunni menyokong pasukan pemerintah dalam perang saudara berdarah ini. Malah, kumpulan suku yang mencari autonomi juga turut terlibat dalam konflik yang sama.

yaman

Sementara itu, pasukan AS dilaporkan berada di Yaman dalam mensasarkan pejuang Al-Qaeda. Selain AS, Arab Saudi juga dikritik hebat kerana melancarkan serangan udara yang telah membunuh ribuan orang awam. Dengan senjata dan pesawat perang AS dan Britain yang canggih, tentera udara Arab Saudi dan sekutunya menguasai ruang udara Yaman sepenuhnya.

Peristiwa terburuk dalam krisis kemanusiaan Yaman berlaku pada bulan Ogos 2018, di mana sekitar 40 pelajar sekolah berusia enam hingga 11 tahun terbunuh ketika bom berpandu laser ditujukan kepada bas mereka di utara yang dikuasai Houthi.

Jumlah kematian meningkat

PBB telah mengesahkan sekurang-kurangnya 7,500 orang awam meninggal dunia pada bulan September 2019, dengan kebanyakannya disebabkan oleh serangan udara gabungan yang dipimpin oleh Arab Saudi.

Bagaimanapun, kumpulan pemantau percaya jumlah kematian sebenar adalah jauh lebih tinggi. Pada Oktober tahun lalu, Projek Data Lokasi dan Peristiwa Konflik Bersenjata yang berpusat di AS (ACLED) mengatakan telah merekodkan lebih daripada 100,000 kematian termasuk 12,0000 orang awam yang terbunuh dalam serangan langsung.

Sementara itu, lebih daripada 23,000 kematian dilaporkan pada tahun 2019.

yaman

Menurut Projek Data Yemen, lebih daripada 17,500 orang awam telah terbunuh dan cedera sejak 2015  dengan satu perempat dari semua orang awam terbunuh dalam serangan udara yang dikatakan wanita dan kanak-kanak.

Kira-kira 100,000 orang kini dianggap mati kerana konflik tersebut kerana terlibat secara langsung dan mengakibatkan kesan seperti kebuluran besar-besaran dan kebersihan yang tidak mencukupi.

Penularan COVID-19 di Yaman

Mengikut data pada 16 Jun lalu, Yaman telah mencatatkan 208 kes kematian yang berkaitan dengan coronavirus atau COVID-19. Jawatankuasa nasional negara yang melawan virus itu mengesahkan jumlah jangkitan adalah seramai 844 orang, sementara kes sembuh mencapai 79.

Yaman tidak terlepas daripada penularan wabak ini apabila menerima kes jangkitan pertama yang dikesan pada 10 April. Jawatankuasa kecemasan nasional tertinggi Yaman sebelum ini mengesahkannya di Twitter: “Kes coronavirus yang pertama disahkan dilaporkan di wilayah Hadramout.”

Pegawai kesihatan antarabangsa mengatakan bahawa populasi penduduk Yaman berada pada tahap bahaya susulan penularan wabak ini. Lebih memburukkan keadaan, adalah sukar untuk mengesan wabak di negara itu kerana infrastruktur kesihatan Yaman yang telah musnah oleh perang saudara selama bertahun-tahun.

yaman

Selain wabak COVID-19, Yaman juga mengalami penularan virus Chikungunya yang ditularkan oleh nyamuk. Terdapat juga lebih daripada 100,000 kes kolera yang diketahui di seluruh negara.

Bekalan barang asas dan bantuan kemanusiaan dihentikan oleh pasukan yang memerangi kawalan pelabuhan strategik di Hodeidah. Kekerasan digunakan telah memaksa petani untuk meninggalkan tanaman mereka dan hospital telah dibanjiri oleh kanak-kanak yang sakit, cedera dan kekurangan zat.

Badan amal UNICEF mengatakan kira-kira 80% penduduk Yaman, atau 24 juta orang bergantung pada bantuan dan 10 juta penduduk menghadapi kebuluran. Menurut badan amal Save the Children, 1 dari 5 kanak-kanak kehilangan tempat tinggal, sementara 70% tidak mempunyai akses kepada air bersih.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.
Sumber: (1), (2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...