Apakah Perkara Paling Tak Disangka-Sangka Pernah Terjadi Dalam Hidup Pembaca Kami?

Kehidupan

Apakah Perkara Paling Tak Disangka-Sangka Pernah Terjadi Dalam Hidup Pembaca Kami?

Menerusi perkongsian ini, ramai yang berkongsikan kisah suka duka mereka yang berlaku dalam keadaan yang tidak disangka-sangkakan langsung. Ada yang berlaku dalam keadaan yang gembira dan ada juga yang mengundang kesedihan.

Jom kita sama-sama membaca kisah yang telah dikongsikan sepenuhnya oleh pembaca-pembaca kami. Mungkin ada yang boleh dijadikan iktibar dan juga pengajaran untuk kita semua.

Advertisement

“Dua hari sebelum kahwin, rumah kami terbakar.”

Sepasang pengantin melawat rumah mereka yang terbakar
Perkongsian dari Asmieyz Zahariey ini sememangnya mendapat liputan media ketika ianya berlaku. Kejadian kebakaran yang berlaku dua hari sebelum perkahwinan mereka telah melenyapkan segala persiapan yang dilakukan.

Kesemua hantaran yang telah siap digubah hangus dijilat api bersama barangan lain yang ingin digunakan pada majlis tersebut. Majlis akad nikah diteruskan walaupun tiada majlis bersanding dilakukan.

“Aku mampu lahirkan anak secara normal berbekalkan oksigen hanya dari sebelah paru-paru sahaja yang dapat berfungsi.”

Kisah ini dikongsikan Amira Mohammad yang mengalami masalah paru-paru berair hingga menyebabkan sebelah paru-parunya tidak dapat berfungsi. Tanpa disangka-sangka, beliau mendapat rezeki untuk mengandung walau tanpa dirancang.

Walaupun risiko untuk bersalin secara normal itu ada kerana bimbang kekurangan oksigen, beliau selamat melahirkan bayi lelakinya.

Bayi Lelaki berusia tujuh bulan

Mendapat peluang menjaga arwah ibu pada saat-saat akhir hidupnya adalah pengalaman takkan dapat dilupakan.

Wanita tua memegang tongkat

Sehari sebelum meninggal, arwah demam. Aku bawa ke klinik, balik je aku masakkan nasi dan sup ayam. Arwah makan sikit je, tak ada selera. Keesokannya, aku masakkan nasi goreng dengan kopi. Berselera dia makan. Terus nampak sihat.

Tak lama selepas itu, pada sebelah petangnya Puan Salmah Yasin mendapat panggilan ibunya telah kembali ke rahmatullah ketika beliau di tempat kerja.

Daripada normal kini aku menjadi OKU.

wheelchair walk
Kemalangan motorsikal pada lima tahun lalu telah mengubah nasib Muhammad Fayyadh Haji Ishak daripada normal menjadi orang kelainan upaya. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk beliau.

“Terlibat dengan kemalangan dua hari sebelum hari jadi. Ramai yang kata aku dah tak boleh berjalan dah lepas ni.”

Kemalangan berlaku pada tahun 2017 adalah detik hitam buat Anis Mansor kerana disahkan tidak dapat berjalan seperti biasa. Tetapi pada tahun 2018, beliau pulih sepenuhnya walaupun pada mulanya ramai yang tidak menyangka beliau akan sembuh.

Itu lah pentingnya percaya pada diri sendiri dan tidak cepat berputus asa mendengarkan kata-kata negatif disekeliling. Jika anda percaya anda boleh buat, jangan pedulikan kata-kata negatif dari masyarakat.

via GIPHY

Jika anda berminat untuk membaca perkongsian lain boleh ke Facebook kami. Terima kasih kepada semua pembaca yang telah berkongsi kisah anda dan kami mengharapkan anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan gembira selalu.

Perkongsian untuk artikel kali ini telah dikongsikan sepenuhnya oleh pembaca Amazingnara. Sebarang ihsan gambar dan cerita dimiliki sepenuhnya oleh pembaca yang berkongsi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...