Apakah Novel Kegemaran Anda? Kongsi & Menang Bersama MPHOnline

Hiburan

Apakah Novel Kegemaran Anda? Kongsi & Menang Bersama MPHOnline

Hobi Abang Nara dari kecil sampai sekarang ialah membaca. Kadang-kadang sampai kena marah dengan ayah Abang Nara sebab membaca di atas meja makan. Mungkin sebab dari kecil ayah Abang Nara selalu belikan novel untuk dibaca, habit ini melekat sampai ke dewasa. Yang terbaru Abang Nara tengah cuba habiskan buku “Doktor Umum, Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad”.

mphonline

Advertisement

Secara jujur buku ini sangat menarik sebab ianya mengandungi banyak penerangan daripada Tun Mahathir tentang tindakan-tindakan tertentu yang telah diambilnya. Cara penulisan pun simple, mudah difahami dan tidak terlalu formal. Yang paling penting, Abang Nara beli buku ini dengan harga RM47.92 sahaja. Dapat 20% diskaun sebab beli secara online di laman web MPHOnline. Harga asalnya ialah RM59.90.
mphonline
Sejak MPH di Midvalley ditutup, Abang Nara memang beli buku secara online je di MPHOnline. Yang menariknya selain daripada buku, Abang Nara pun boleh order alat tulis, kad hari jadi dan cenderahati. Tambah menarik bila Abang Nara tahu ada satu section di MPH yang diberi nama Mutiara Minda. Mutiara Minda ini memang dikhususkan untuk semua buku dalam Bahasa Melayu.
mphonline

Sempena Hari Malaysia yang bakal tiba, Mutiara Minda sedang mengadakan promosi hebat daripada 13 hingga 30 September ini. Kesemua buku Bahasa Melayu akan diberi diskaun sebanyak 15% dan buku terpilih mendapat diskaun sehingga 25%. Paling penting, penghantaran ke seluruh negara adalah PERCUMA. Seriously memang banyak buku-buku yang best boleh dibeli di Mutiara Minda ini. Boleh kelabu mata dibuatnya.
mphonline
Dan khas kepada pembaca BeautifulNara, pihak Mutiara Minda nak bagi 2 novel PERCUMA kepada 20 pembaca bertuah. Anda hanya perlu tulis di ruangan komen apakah novel yang paling best anda pernah baca dan sebab musababnya. Contoh komen ialah “Saya suka gila baca novel Ombak Rindu sebab membuatkan dada saya berombak dengan kesedihan yang melampau. Berjujuran air mata ini”.
mphonlineUntuk maklumat lanjut, layari MPHOnline.com. Selamat mencuba!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

176 Comments

  1. mama sri

    September 21, 2012 at 1:56 pm

    saya suka baca novel karya Ramlee Awang Murshid bertajuk Fiksyen 302 sebab jalan cerita yang mantap,suspen dan menyebabkan saya berfikir bagaimana sekiranya ia benar-benar berlaku.plot yang hebat membuatkan saya tak sabar nak tahu kesudahanya.

  2. kawaiidysha

    September 21, 2012 at 1:36 am

    saya suka baca novel ‘Andai Itu Takdirnya by Siti Rosmizah’.. jalan cerita yg sgt tragis dan tiap kali baca tiap itulah airmata sentiasa jatuh berderai2.

  3. Tukang Tanya

    September 20, 2012 at 4:55 pm

    contest ni smpi ble?n ble akn umumkn pemenang?

  4. norma1711

    September 20, 2012 at 1:02 pm

    ramainya peminat novel ramlee awang murshid. saya juga salah seorang darinya. tapi sebab dah ramai yg ulas saya nak imbas balik novel favourite saya masa zaman sekolah dulu.
    antara penulis yg saya suka khadijah hashim. banyak novelnya yg jadi best seller ketika itu. saya memang peminat novel beliau antaranya Mira Edora (dah dijadikan filem), badai semalam (dah dipentaskan utk teater), bila & dimana, laila azwa gadisku (dah buat telefilem), pelangi pagi (dah buat filem gak tukar tajuk jadi Bicara hati) dan ada beberapa lagi. naskah novel di atas masih ada dlm simpanan saya.
    yg bestnya pasal novel khadijah hashim nie plot cerita tersusun elok, lenggok bahasa yg teratur & bersopan (x macam sesetengah novel sekarang nie bahasanya dah macam bahasa pasar) dan setiap penceritaannya tidak terlalu ringan dan tidak juga terlalu kompleks. yang paling best endingnya mestilah happy ending..hehehe…rindu novel buah tangan kak jah nie…

  5. ijaufroggy

    September 20, 2012 at 9:02 am

    pesanan terakhir seorang lelaki~
    hasil karya Norhayati Berahim
    cite tu best sebab menceritakan ketabahan seorang wanita sebagai soerang anak dalam merebut kasih soerang ayah..
    kisah tu bagi semangat pada diri kita sebagai pembaca.walau teruk camne ayah kita,keluarga kita,mereka tetap keluarga kita.
    kekerasan ditangani dengan penuh kelembutan dan kasih sayang seorang anak.
    cite tu mmg akan ajar kita cmne kite perlu berbakti pd keluarga.
    mmg novel tu novel cinta.cinta yg disusuli dengan semangat dan sifat kekeluargaan.
    novel tu banyak mengajar saya untuk berbakti pada ibu bapa dan keluarga,…
    novel tu jgk buka mata saya…
    novel tu banyak mengajar erti kemaafan…
    betul2 suka novel tu..

Loading...