Written by AbangNara | September 13th, 2012

Hobi Abang Nara dari kecil sampai sekarang ialah membaca. Kadang-kadang sampai kena marah dengan ayah Abang Nara sebab membaca di atas meja makan. Mungkin sebab dari kecil ayah Abang Nara selalu belikan novel untuk dibaca, habit ini melekat sampai ke dewasa. Yang terbaru Abang Nara tengah cuba habiskan buku “Doktor Umum, Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad”.

mphonline

Secara jujur buku ini sangat menarik sebab ianya mengandungi banyak penerangan daripada Tun Mahathir tentang tindakan-tindakan tertentu yang telah diambilnya. Cara penulisan pun simple, mudah difahami dan tidak terlalu formal. Yang paling penting, Abang Nara beli buku ini dengan harga RM47.92 sahaja. Dapat 20% diskaun sebab beli secara online di laman web MPHOnline. Harga asalnya ialah RM59.90.
mphonline
Sejak MPH di Midvalley ditutup, Abang Nara memang beli buku secara online je di MPHOnline. Yang menariknya selain daripada buku, Abang Nara pun boleh order alat tulis, kad hari jadi dan cenderahati. Tambah menarik bila Abang Nara tahu ada satu section di MPH yang diberi nama Mutiara Minda. Mutiara Minda ini memang dikhususkan untuk semua buku dalam Bahasa Melayu.
mphonline

Sempena Hari Malaysia yang bakal tiba, Mutiara Minda sedang mengadakan promosi hebat daripada 13 hingga 30 September ini. Kesemua buku Bahasa Melayu akan diberi diskaun sebanyak 15% dan buku terpilih mendapat diskaun sehingga 25%. Paling penting, penghantaran ke seluruh negara adalah PERCUMA. Seriously memang banyak buku-buku yang best boleh dibeli di Mutiara Minda ini. Boleh kelabu mata dibuatnya.
mphonline
Dan khas kepada pembaca BeautifulNara, pihak Mutiara Minda nak bagi 2 novel PERCUMA kepada 20 pembaca bertuah. Anda hanya perlu tulis di ruangan komen apakah novel yang paling best anda pernah baca dan sebab musababnya. Contoh komen ialah “Saya suka gila baca novel Ombak Rindu sebab membuatkan dada saya berombak dengan kesedihan yang melampau. Berjujuran air mata ini”.
mphonlineUntuk maklumat lanjut, layari MPHOnline.com. Selamat mencuba!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

176 responses to Apakah Novel Kegemaran Anda? Kongsi & Menang Bersama MPHOnline

  1. Kim Kadeshen M'sia says:

    Suke baca blog nara jer…eh 1st ker ni??

    0

    0
    • Membaca membuka minda.... says:

      Memang seronok membaca….tak kira novel ke,majalah apapn ke, suratkhabar ke dn sebagainyalh..semua aku sebat dan rembat untuk membacany..nak tahu isi kandungannya…ada menarik dan boleh buat tertarik ke…membaca akn membuka minda serta dapat banyak informasi dn pengetahuan juga…nak2 membaca dikala hujan turun renyai2,redup2 sambil duduk ditepi jendela ke sambil minum kopi secawan…bahagia dan tenangnya rasa………rasa khusyuk tanpa gangguan…boleh jadi aman dn damai…. he…he…he…

      0

      0
    • FAREDA says:

      bicara hati !

      0

      0
    • lalola says:

      semua karya siti rosmiza. hihihi

      0

      0
    • Olga says:

      AKU X SUKA BACA NOVEL. TP AKU SUKA KUMPUL GAMBAR. GAMBAR YG AKU KUMPUL IALAH GAMBAR RATU CANTIK DR SELURUH DUNIA TERUTAMANYA MISS UNIVERSE, MISS WORLD ETC. TAK KESAHLA GAMBAR TU ADA KAT BUKU KE, MAJALAH KE APE KE AKU PASTI AKAN DAPATKAN BUKU TU.. PERNAH SEKALI TU AKU BELI MAJALAH BAHASA TAMIL SEMATA2 SBB ADA GAMBAR MISS UNIVERSE DLMNYA.. PASTU BUKU PLG MAHAL AKU PERNAH BELI IALAH BUKU “UNIVERSAL BEAUTY” YG BERHARGA RM300.00, ITU MAJALAH MISS UNIVERSE KELUARAN MISS UNIVERSE ORGANIZATION. MASA TU AKU TINGKATAN 3. DEKAT BAPE BULAN KUMPUL DUIT SEMATA2 NK BELI BUKU TU.. TP DH NAMANYA PUN MINAT KENA LA BERKORBAN.. SEKARANG NI KOLEKSI SIMPANAN GAMBAR2 RATU CANTIK AKU DH MENCECAH 30 FAIL.. BELUM CAMPUR MAJALAH2 LG PASTU ARTIKEL2 BERKAITAN RATU2 CANTIK LG.. NOW TEMPAT SIMPANAN KOLEKSI SEMUA TU DH SARAT DAH.. PENING KEPALA NAK SIMPAN…

      0

      0
    • KAK CHAM KUAT GOSIP & TIDO KAT TADIKA says:

      Favourite novel kak cham ialah Adam & Hawa oleh Aisha Sofea. Kak Cham suka novel tu kerana ia menceritakan kisah hidup seorang wanita bernama Kak Cham. Pengalaman sebagai pembantu tadika sangat mencabar hidupnya. Watak kak cham dlam novel tersebut berjaya dikupas dgn sangat baik oleh penulis novel tersebut..

      0

      0
      • sitot says:

        Sibuk je Kak Cham ni nak promote diri. Tapi, Kak Cham sempat ke baca novel? Yelah, jaga budak2 kat taska sambil bergosip soh seh soh seh. Bergelora tengok badan Adam Mukhriz. Kalau la Kak Cham yg kena tangkap basah dgn Am, tak tau la hidup haha. Sempat gak Kak Cham curi2 waktu nak membaca. Hengatkan tahu bersarkastik dgn Cikgu Zawiyah je, he he he.

        Jangan lupa tengok Adam dan Hawa nanti tau uolss.

        0

        0
      • KAK CHAM KUAT GOSIP & TIDO KAT TADIKA says:

        sempat la gak.. kak cham bukan 24 jam kat tadika je uols.. malam2 tu bile kat rumah kak cham isi masa lapang dgn membaca la.. kadang2 kak ruby tolong bacakan sinopsis..

        0

        0
    • BabySandra says:

      suka baca nancy drew je..byk koleksi mama sy msh smpn best baca ksh misteri je

      0

      0
  2. fatin says:

    entri yang bagus :-)..rajin2la membaca rakyat malaysia

    0

    0
  3. chepah ila says:

    untuk tahun ni saya paling suka gila kat novel Sayang 3 dalam 1. Hasil nukilan weeda airiza. Baca novel Sayang 3 dalam 1 buatkan saya senyum dan ketawa keseorangan. Nasib baik officemate tak cakap apa-apa.

    0

    0
  4. Ameera says:

    Novel paling best i baca MAID – Suri Ryana – i beli kat MPH Mid Valley.. btw Nara, MPH Midvalley tak tutup, depa pindah to LG next to Burger King restaurant – South Court :)

    0

    0
  5. wan says:

    saya suka sangat baca novel ‘Doktor Cinta’. Jalan ceritanya menarik dan boleh membuatkan saya tersenyum sendiri..=) dan yang paling penting, cerita ni ada nilai pengajaran yang sesuai untuk semua..

    0

    0
  6. satonaka halu says:

    saya paling suka baca novel contengan jalanan dari hlovate sebab rasa ohsem bila bace tulisan dari writer yang ohsem dan paling ohsem bila beli novel-novel hlovate yang ohsem kat MPH bookstore. ke’ohsem’an tu dikongsi pulak dengan kengkawan yang lain time lepak kat MPH. seriously.

    0

    0
    • Qa says:

      yea! hlovate mmg best! Contengan jalanan, pelangi, versus, tunas, Aa+Bb, 5 thn 5 bln..
      Best!

      0

      0
    • mizz says:

      siyes aku pun minat gle ngan hlovate and skgni tgh layan versus… padahal sblmni aku x tau pun and x penah tau wujud novel dr hlovate ni…nak jd cite bermulanya aku minat ngn novel2 hlovate ni sbb aku terjumpa novel dia kat pasar malam…sorilah bkn kat mph ke kedai buku ke apa ke…10 hinggit je aku beli and x sangka lak cite dia sgt best and byk pengajaran gak ar…ohsem lah bak kata ko kan…then bl tau ada lg keluaran dia yg lain barulah aku p mencari kat mph and kedai2 novel seangkatan…

      0

      0
  7. nad says:

    “Saya suka gila baca novel Projek Memikat Suami..Zahrain Alimin romantik gile n cite die pun gile klaka..best3…novel 2 pn byk bg pengajaran..”

    0

    0
  8. Amy87 says:

    Saya suka baca novel Adam & Hawa sebab jalan cerita yang bagus dan menarik :)

    0

    0
  9. zura says:

    salam..abg nara..

    kita suka sangat baca Novel “Doktor Cinta” oleh Dyadilla keluaran Kaki Novel..
    dari menjadi pelakon ,akhirnya terus berkahwin..haha..baca novel ni mak pun boleh kata macam tak betul,kejap nangis,kejap gelak,kejap senyum…memang terbaik..

    adam dan hawa juga menjadi my fav..tambahan pula skrg main kat astro mustika..perghh…memang layan la..baca pun boleh nangis ni kan tengok..nangis juge…:) jalan cerita yang menarik.mulanya di tangkap basah tetapi dikahwinkan juga..timbul benci dalam diri ain tetapi akhirnya bahagia bersama,,,best sangat.

    0

    0
  10. iyolah2 la tu says:

    bang nara, mana ada MPH midvalley d tutup, die just tukar lokasi kat ground floor jela..lg besar n selesa…

    0

    0
  11. sunan says:

    Ramlee Awang Murshid pnye novel dari Bagaikan Puteri smpai la ke Sunan Musafir..tetap yg terbaik. :)

    0

    0
    • sunan idamanku says:

      sama2… koleksi novel bersiri laksamana sunan paling best skali… kuat penerapan islam.. dan terasa diri penjelajahan laksmana sunan.. best sgt

      0

      0
    • Mak jemah pemalu says:

      Ya….i sokong…i ade bayak koleksi novel sampai 1almari..terpaksa wat indek u kesan sape yg pinjam, tp yang paling best. BAGAIKAN PUTERI, CINTA SANG RATU dari Ramlee Awang Murshid..sampailah koleksi yg terakhir, Sunan musafir..memang bestlah..uols belilah novel2…

      0

      0
  12. miemoozie says:

    Saya suka gila baca novel ‘Awak suka saya tak?’ karya Melur Jelita sebab jalan cerita novel ni menarik, menyentuh perasan,sgt romantik dan memang menghayati la bila membaca.Percintaan dalam novel ni berlandasankan islam dan sangat2 memikat hati nak baca. Rugi sesiapa tak baca.^_^

    0

    0
  13. siti says:

    saya suka baca novel “akhirnya aku kahwin!” sebab dia ada unsur love comedy. bila baca novel ni. sy boleh ketawa, boleh menangis & boleh senyum lebar. cerita ni sweet & comel. Orang gemok pon ada value taw.. :)

    0

    0
  14. Faz says:

    Saya suka sangat baca novel siri shopaholic ditulis oleh Sophie Kinsella, mungkin juga sebab saya ni pun shopaholic kot.. Novel ni membuatkan saya bertambah minat untuk membaca sebab sekali dah mula membaca memang susah nak berhenti, perasaan ingin tahu memang membuak buak bila membaca novel..

    0

    0
  15. yuhaisya says:

    Novel terbaik yang pernah saya baca adalah Sunan Musafir, karya Ramlee Awang Murshid. Saya sangat mengagumi watak Laksamana Sunan bermula dari cetusan novel yang pertama iaitu Bagaikan Puteri. Jalan cerita yang menarik, matang, diselangi pelbagai konflik, serta turut diselitkan pelbagai ilmu bermanfaat secara tidak langsung membuatkan saya tidak jemu membaca karya ini.

    0

    0
  16. Liyana Ahmad says:

    Saya paling suka baca novel Doktor Cinta karya Dyadila terbitan KAKINOVEL. Novel ni bagi saya simple,kelakar,sedih dan penuh dengan emosi.Saya angat suka dengan watak Mazliana yang sempoi,suka melebihkan orang lain,suka melindungi orang yang dia sayang. Antara ayat dia yang menarik :
    “cinta bagi saya gurauan dalam hidup . kadang-kadang buat kita ketawa , kadang-kadang buat kita terasa dan gurauan yang buat kita memahami macam-macam emosi. kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, maka yang mencantikkan kehidupan adalah cinta . tapi , cinta ni macam hantu , semua orang percaya tapi tidak semua orang jumpa . ”
    “jangan cintakan manusia melebihnya cinta-Nya”
    Part paling sedih ketika Mazliana kehilangan kedua orang tua yang disayangi. Part ni buat air mata saya mengalir sebab teringat kat ibu bapa saya.
    Memang novel kakinovel terbaik!! :)

    0

    0
  17. noli says:

    [email protected] yang paling terkesan dihati saya adalah ‘Hatiku terluka di Bukhara’ tulisan Wan Hashim Wan Teh kerana cara penulisan dan penceritaannya sungguh membuai perasaan dan membuatkan seolah-olah saya mengikuti rombongannya ke negara soviet itu. Memang hati saya turut terluka dan menangis mengenangkan tinggalan sejarah islam di negara tersebut. Hingga ke hari ini, saya masih boleh membayangkan suasana perjalanan beliau di dalam minda saya.

    0

    0
    • Anonymous says:

      saya pun pernah baca travelog ni. sangat menyentuh hati. Paling sedih bila masjid dijadikan tempat pesta di sana.

      0

      0
  18. Clar says:

    Saya suka betul baca novel tulisan Ramlee Awang Murshid..kebanyakan novel beliau ada dlm simpanan saya..paling best novel beliau adalah trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang pencinta..dan saya juga suka baca novel yang tebal..yang x jiwang..yang gaya penulisannya bersahaja…

    0

    0
  19. zila says:

    Saya suka baca novel Adam & Hawa sebab mempunyai jalan ceritanya amat menarik, menyentuh perasaan lalu menitiskan air mataku…….sedih seketika akhirnya ku tersenyum bahagia……

    0

    0
  20. roszaiwati roslan says:

    Novel : 7 Hari Mencintaiku Karya Siti Rosmizah…saya suka sangat – sangat baca novel kerana novel ini sangat menyentuh hati dan memberi pedoman kepada masyarakat dan bukan hanya pada cinta tetapi sikap individu tersebut serta amalan hidup masyarakat kini.. TERBAIK !!!

    0

    0
  21. Khairulnisa says:

    Novel yang bertakhta di hati saya ialah karya nukilan Sidney Sheldon yang bertajuk If Tomorrow Comes. Ini novel berbahasa Inggeris pertama yang saya baca. Waktu itu saya hanya berusia belasan tahun. Sungguh tidak disangka-sangka, novel ini membuka mata saya pada dunia ‘scammers’ dan ‘con artists’. Garapan yang penuh kejutan membuat saya kagum dengan kebijaksanaan dan kepakaran penipu yang memperdaya orang lain untuk mengaut keuntungan. Tidak lupa juga kehebatan dan ketabahan protagonis yang pada asalnya merupakan warga contoh dan akhirnya terjebak dalam kancah jenayah.

    0

    0
  22. Nor Isya says:

    Saya suka sgt2 baca Novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari…tp sori ye…sy lebih suka novel ni versi lama…cover buku color purple..hehehe…sbb..ni novel pertama yg sy baca..dan seterusnya jadi carta teratas hobi sy..
    Errrmmm..sy suka baca novel sbb cerita nya romatik sgt..nk2 bila hariz dh jadi baik dan curi2 balik jumpa izzah…so sweet…izzah pulak malu2…lg la syok bila baca novel ni…hehee…(sure lps ni p baca novel ni sekali lg)
    Tp..syg tul la..sy peminat novel ombak rindu…tp filem ombak rindu sy x minat…xtau la nape..sy rasa jln cerita nya lain…mungkin sbb cerita dlm filem telah disingkatkn ceritanya menjadikan cerita tu x best…lg 1 sy x suka sbb pelakonnya kot…sy suka Aaron Aziz sorg je..tu la sbb utama kot…hehehehe… sy rasa Maya Karin tu x mcm Izzah pun..dan Lisa pulak rasa cm x sesuai je jd Mila…(sbb tu la sy x suka novel ombak rindu cover baru)
    Apa2 pun itu pada pendapat sy…Keluar sejuta filem ombak rindu pun, sy tetap akan layan ombak rindu versi novel…sbb ayat2 dlm novel ni boleh terangkat la bulu roma bila baca…dan terasa la menusuk kalbu…ceh..ceh…ceh…

    0

    0
  23. Nor Isya says:

    Saya suka sgt2 baca Novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari…tp sori ye…sy lebih suka novel ni versi lama…cover buku color purple..hehehe…sbb..ni novel pertama yg sy baca..dan seterusnya jadi carta teratas hobi sy..

    Errrmmm..sy suka baca novel sbb cerita nya romatik sgt..nk2 bila hariz dh jadi baik dan curi2 balik jumpa izzah…so sweet…izzah pulak malu2…lg la syok bila baca novel ni…hehee…(sure lps ni p baca novel ni sekali lg)

    Tp..syg tul la..sy peminat novel ombak rindu…tp filem ombak rindu sy x minat…xtau la nape..sy rasa jln cerita nya lain…mungkin sbb cerita dlm filem telah disingkatkn ceritanya menjadikan cerita tu x best…lg 1 sy x suka sbb pelakonnya kot…sy suka Aaron Aziz sorg je..tu la sbb utama kot…hehehehe… sy rasa Maya Karin tu x mcm Izzah pun..dan Lisa pulak rasa cm x sesuai je jd Mila…(sbb tu la sy x suka novel ombak rindu cover baru)

    Apa2 pun itu pada pendapat sy…Keluar sejuta filem ombak rindu pun, sy tetap akan layan ombak rindu versi novel…sbb ayat2 dlm novel ni boleh terangkat la bulu roma bila baca…dan terasa la menusuk kalbu…ceh..ceh…ceh…

    0

    0
  24. Aniza says:

    Lagenda Budak Setan merupakan novel pertama yang saya baca. Walaupun sudah hampir berbelas tahun telah membaca novel ini, plot cerita yang telah digarapkan penulis betul-betul terkesan di hati. Cinta kasya dan ayu betul-betul meruntun jiwa.

    0

    0
    • zara says:

      dulu citer budak setan die buat dalam 3 buat buku — budak setan 1—> mase Ayu n Kasyah kat sekolah..budak setan 2—> mase kasyah keja n jumpe Emi budak setan 3—-> mase konflik2 ngan azmi…sy pling suke yg no.2…

      0

      0
  25. shark utopia says:

    novel yg paling saya suka baca ialah tulisan ramlee awang mursyid..
    novelis thriller yang tiada bandingannya..
    cara penulisan bersahaja dan penuh suspen buat saya tak bole berhenti dan terus membaca dari helaian demi helaian..
    antara yang menjadi minat utama saya ialah ungu karmila dan rahsia perindu :)

    0

    0
  26. ain says:

    Saya suka novel ombak rindu sebab cara penulisan yang sederhana dan ceritanya yang menarik dan semasa membacanya terasa kita dekat dengan watak-watak tersebut serta rasa macam real.

    0

    0
  27. noraidah md.syed says:

    Setelah sekian lama, sejak meninggalkan bangku sekolah.Novel ‘Awak suka saya tak?’ ~Melur Jelita~ telah menggamit saya untuk kembali ke kedai buku. Jalan ceritanya sangat menarik… mungkin secara kebetulan agaknya, apa yang dipaparkan dalam cerita ini sangat bermakna bagi saya (ASST-m/s 529-perenggan 2)..itulah luahan hati suami saya.
    Kini, pantang jumpa kedai buku,kaki saya akan melangkah masuk,tidak kiralah samaada ianya sekadar untuk melihat sahaja atau mungkin tidak akan pulang dengan tangan kosong sahaja!

    0

    0
  28. Farhana314 says:

    Novel pertama yang saya baca dan yang paling meninggalkan kesan ialah Jendela Hati, masih ingat dulu zaman sekolah menengah, saya hanya baca buku cerita dongeng atau jenis penyiasatan. Kemudian saya dikenalkan dengan novel melayu iaitu Jendala Hati ditulis oleh Aisya Sofea, tengah2 malam tu jugak saya nangis lebih dari sekali. Semenjak itu lah saya baca novel melayu. Jalan penceritaan yang dibuat oleh Aisya Sofea telah membuat saya berasa bahawa sayalah orang yang diceritakan. Kemudian saya mula baca semua novel keluaran Alaf 21, lepas tu bertambah lagi dengan Karya Seni, Kaki Novel dan lain2 lagi. Akhir sekali novel “Andai Itu Takdirnya”, fenomena sangat2.. Sehinggakan semua novel Siti Rosmizah ada didalam simpanan saya.

    0

    0
  29. Mak jemah pemalu says:

    1 novel lame yg melekat di hati ialah KORBAN KASIH karya Fatimah Kadir.novel remaja.kisah 2org kembar yg disayangi mak n satu dibenci mak sendiri..dan bagaimana anak yng dibenci dan tidak diakui sbg anak membesar sebagai anak yang berjaya…dah berpuluh kali baca, tiap kali baca msti menangis.pernah jumpe novel ni di MPH, dan waktu 2 duig xckp, terpaksa mtk pekerja simpankan.Alhamdulillah dapat gak akhirnya…

    0

    0
  30. Ros says:

    Saya sangat suka membaca novel `Andai Itu Takdirnya’ karya Siti Rosmizah kerana habis berkotak-kotak tisu dan mata saya jadi bengkak dari awal sampai habis membaca novel ini, terutama babak paling sedih bila syed azril sepak terajang aleeya yang sedang sarat mengandung dalam hujan sampai terhantuk dinding.

    0

    0
  31. Khairul says:

    Hatiku Di Harajuku: Biar Betapa Jauh Hatiku Sentiasa di Sisimu
    Author: Ramlee Awang Murshid

    saya paling menyukai novel ini kerana mempunyai pelbagai elemen misteri,romantik,darjat,kebudayaan jepun dan malaysia.serta mempunyai plot yang ummph…

    tetapi yang membezakan diantara novel lain adalah faktor “X” .Novel ini adalah yang mempunyai ciri ciri faktor x itu….

    Hatiku Di Harajuku: Biar Betapa Jauh Hatiku Sentiasa di Sisimu adalah novel bukan saja menjanjikan faktor “x” .tetapi pasti !!! novel terhebat.

    0

    0
  32. nia says:

    setakat ni novel yang paling suka sangat baca Suami Yang Kubenci. Jalan cerita mantap dan lawaknya sangat natural. Bila sy bce novel tu seolah-olah saya mendalami watak Uwais, Hannah Maryam dengan Mak Uwais. Kelakar dan sempoi habis watak mak Uwais. :)

    0

    0
  33. hmmmmmm says:

    sye suka ma lee chuswan…selamat tinggal sayang….best sgt…

    0

    0
  34. zana says:

    saya pilih “andai itu takdirnya” karya Siti Rosmozah. Jalan cerita novel ini sangat menarik dan tersusun dan yang pasti setiap kali baca airmata pasti akan mengalir. Sangat suka dengan ketabahan aleya dalam mengharungi liku2 hidup dia kerana dia seorang yang sngt percaya dengan ketentuan ilahi. Kepada yang belum bace sila2 bace..kalian pasti tidak akan kecewa…:)

    0

    0
    • yippie says:

      btol 2..saye suke bc novel siti rosmizah..
      sume novel dier best2 ssgt…mnitis air mata tiap2 kali baca..
      andai itu takdirnya, lafazkan kalimah cintAmu n 7 hari mncintaimu..
      best2 sgt2…

      0

      0
  35. anis says:

    Salam abg nara,

    Novel yang paling saya suka baca adalah “Dan mimpi pun berguguran” nukilan Liana Afiera Malik. Novel ini sangat menyentuh perasaan. Setiap helaian ceritanya membuatkan air mata ini ingin menitis. Walaupun tebal saya dapat habiskan tanpa sedar.

    Dulu pinjam dari kawan, sekarang bila ke kedai buku sudah tiada. Mungkin sudah tiada dalam pasaran.

    0

    0
    • nurul says:

      salam semua,novel yg sy plg suka n masih melekat dlm hati ialah tangisan bulan madu dan novel donia karya lamia aimal..sampai skrg cari kat kedai2 memang dh x ada kat pasaran ..to creative enterprise plz plz plz tolong cetak balik novel ni..n i agree with u anis novel dan mimpi pn berguguran best giler..tiga2 koleksi dh tak ada sb dh lama dlm 15thn lepas..skrg novel susah nk masuk ada gak beli tp xhabis2 pn baca..karya dulu2 from creative enterprise memang best giler

      0

      0
  36. izyan says:

    membaca jambatan ilmu kan. saya juga suka membaca. semua jenis buku saya suka. eh, kalau dah ada tawaran dapat buku percuma saya.. memang ligat la mata ni.. sekarang.. masih lagi simpan duit.. teringin sangat nak beli buku “doctor in the house”.

    setakat ni, buku yang saya baca.. bagi saya cerita M.A.I.D la yang bagus. banyak lawak sikit cerita ni. penunggu cinta juga bagi saya, layak jadi novel terbaik. tulisan dan elemen yang nak disampaikan memang menarik minat pembaca. satu lagi novel lama yang saya suka ialah “jendele putih”. walaupun “jendela putih” adalah novel lama. tetapi cara penulisan buat saya tertarik dan setakat ni, tiada lagi setanding dengan jendela putih. ;)

    0

    0
  37. Syita says:

    Salam. Saya peminat novel, dan dah banyak novel yang saya baca. Antara penulis novel yang sangat saya kagumi penulisannya ialah Ramlee Awang Mursyid, novelis thriller no 1 di Malaysia ni. Boleh dikatakan kesemua novelnya saya dah baca, dan saya sangat sukakan kompilasi dari Tombiruo, Semangat Hutan, dan Tombiruo Terakhir. Ketiga-tiga novel ini merupakan sambungan bagi setiap satunya, yang mana menceritakan tentang kisah percintaan yang unik tetapi tragis. Penceritaan tentang pengkhianatan keluarga, pengkhianatan dalam kasih sayang, kepentingan peribadi didahulukan, kecintaan kepada Allah, dan pelbagai plot yang menarik. Bagaimana pasangan kembar yang berlainan perwatakan dan watak, mencintai seorang wanita yang sama, dan sanggup korbankan diri dan cinta untuk kembarnya. Novel ni sarat dengan kasih sayang, pemikiran, tapi dalam masa yang sama menekankan soal agama. Penceritaan sangat jelas, dihuraikan satu persatu, dan juga diselitkan juga dengan kajian mendalam secara saintifik. Latar tempat juga sangat menyamankan, berlatar belakangkan negeri Sabah. Sedikit sebanyak, kita memahami tentang bumi Di Bawah Bayu itu. Paling saya suka, bila jalan ceritanya saya langsung tak dapat nak agak kesudahannya dan asyik berfikir sepanjang pembacaan. Secara tak langsung, minda dan otak digunakan untuk menganalisis setiap penceritaan. Pengakhiran cerita juga sangat mengejutkan dan tak dijangka. Yg boleh saya kongsikan, adik beradik kembar dipisahkan disebabkan perbezaan fizikal, seorang dijaga, seorang dihanyutkan dan akhirnya menetap di hutan. Konflik dalam keluarga yang membawa kepada masalah, juga tentang pesawat terhempas dan survive mereka utk hidup sehingga ke akhir cerita, bagaimana adik sanggup korbankan diri utk selamatkan yg lain-lain daripada serangan haiwan aneh di hutan, perkahwinan yang tak disangka, dan macam-macam lagi. Yak puas kalau cuma cerita, sebab saya pun berulang kali baca sebab best. ;)

    Satu lagi novel yang beri kesan mendalam pada saya bila membacanya ialah novel Aku Yang Kau Tinggalkan, tulisan Alina Haizar. Novel ni boleh dikategorikan sebagai novel romantik, tapi sangat bermakna. Bukan setakat penceritaan tentang cinta dan kasih sayang antara dua insan, tapi juga tentang bagaimana seorang sanggup berkorban untuk kebahagiaan pasangannya sendiri. Bila pasangannya ‘terlupa’ akan kehadirannya dan gangguan daripada mertua semasa dia membawa diri ke negeri asing untuk bertemu suaminya, dia cekal dan membawa diri dan anak yang tidak disangka-sangka berada dalam rahimnya. Aspek yang saya suka dalam novel ini juga bila suaminya berusaha untuk menjejaki dia, walaupun dia cuba menjauhkan dirinya. Cara yang digunakan penulis untuk menggambarkan usaha suaminya sangat menyeronokkan, dan membuai rasa bila dihayati. Suaminya berpura-pura tidak mengenali dia, sedangkan pada hakikatnya dia sedari awal sudah ingat tentang isterinya. Latar tempat juga sangat menyeronokkan, di Turin, Italy. Tempat digambarkan dengan sangat baik, sampaikan saya rasa macam saya betul-betul berada kat sana semasa membaca. Mungkin penulis pernah berada kat sana ataupun dia melakukan kajian dengan teliti sebelum menulis.

    Ini antara novel yang sangat saya gemar dan memberi kesan kepada pembacaan saya. Saya tak minat sangat dengan novel-novel yang cuma setakat nak bagi orang baca, tapi takde pengisian yang memberi kesan. ;)

    0

    0
  38. adhila says:

    Saya suka gila baca novel Bisik-Bisik Gelora karya Fauziah Ashari jalan ceritanya sangat sedih sampai berlinangan air mata membacanya

    0

    0
  39. izzara says:

    Saya suka gila baca novel “Akhir Sebuah Cinta” sebab novel ni boleh membuatkan saya ketawa terbahak2 dan menitiskan air mata bila part sedih..pendek kata novel ni berjaya membawa pembaca untuk menghayati suka-duka seorang gadis bernama Mimi Atia.

    0

    0
  40. Naty says:

    Hai Abang Nara, saya paling suka baca Pilot Cafe di karang oleh Ahadiat Akashah. Harap satu hari nanti ada la mana-mana pengarah nak buat cerita ni. Apa kata abang Nara pulak baca novel ni. Mesti suka punya. Kalau dapat novel percuma ni, best lah. Boleh jadi hadiah ulang tahun saya yang ke 23 bulan September ni. :D

    0

    0
  41. Naty says:

    Hai Abang Nara! novel pertama yang saya baca ialah Pilot Cafe karangan Ahadiat Akashah. Lepas baca novel tu, terus suka baca novel lain tapi tak se excited saya baca Pilot Cafe. Harap satu hari nanti ada pengarah nak buat cerita ni. Abang Nara cubalah baca. Kalau dapat novel free ni, boleh la anggap sebagai hadiah ulang tahun saya yang ke 23 hujung bulan September ni. :D

    0

    0
  42. Ezara Amani says:

    Banyak sebenarnya novel yang best. Tapi saya paling suka baca novel Kisah Kasih hasil nukilan Kreisya Reisya. Novel ni mmg best sangat sebab Puteri Farahdika kena jadi Cinderella dalam satu majlis. Bila baca novel ni macam sy pulak yang jadi watak utama dalam cerita tu. Hehehe. Mmg berangan habis la tiap kali baca novel tu. Sampai mama pgl pun tak dengar. Tambahan dengan kisah cinta dia dalam cerita tu. Memang jiwang habis. Saya sebenarnya bukan jenis yang layan sangat cerita cinta-cinta ni. Tapi bila baca novel ni, saya rasa macam nak jadi macam Puteri Farahdika tu.

    Satu lagi novel yang paling saya suka sudah mesti la novel Ombak Rindu. Sebelum cerita tu diadaptasikan dalam drama di TV3, saya dah berombak-ombak tunggu cerita tu keluar. Sebab saya suka jalan cerita dia. Kalau sesapun yang jadi Nora Elena dalam cerita tu mesti teruk bermain dengan perasaan. Cerita dia yang bertukar-tukar mood buat saya rasa seronok dan tak sabar nak tahu apa yang jadi selepas tu. Tapi Seth Than tu memang pandai ambik hati dan sangat bersabar dengan kerenah Nora Elena. Dalam realiti pun, bukan senang nak dapat lelaki macam tu. Romantik pulak tu. Tapi saya berharap sangat akan ada la laki macam tu dalam hidup saya suatu hari nanti.

    0

    0
  43. Ezara Amani says:

    Eh, Abg Nara sorry-2.. Correction, bukan novel Ombak Rindu tapi Nora Elena. Adoi, silap lak. Confuse sebab Aaron Aziz yang acting kan.. hehehehe. Novel Ombak Rindu pun best jugak. Tapi best lagi Nora Elena..hehe.

    0

    0
  44. ulat buku says:

    Salam…. Kalau nak diikutkan membaca, semua jenis bahan bacaan sya suka baca, tak kira dimana punjuga dan apa pun topiknya. Oleh kerana yang nak dikisahkan di sini adalah novel.. Jadi novel yang Saya Suka Sangat Gila adalah novel ‘Andai Itu Takdirnya’ tulisan Siti Rosmiza sebab mengajar saya erti tabah dalam memperjuangkan hidup sebagai seorang anak, isteri, menatu dan ibu. sudah lima kali saya khatam novel ini. Entahlah memang gila dibuatnya.

    0

    0
  45. ulat buku says:

    Salam…. Kalau nak diikutkan membaca, semua jenis bahan bacaan sya suka baca, tak kira dimana punjuga dan apa pun topiknya. Oleh kerana yang nak dikisahkan di sini adalah novel.. Jadi novel yang Saya Suka Sangat Gila adalah novel ‘Andai Itu Takdirnya’ tulisan Siti Rosmiza sebab mengajar saya erti tabah dalam memperjuangkan hidup sebagai seorang anak, isteri, menatu dan ibu. sudah lima kali saya khatam novel ini. Entahlah memang gila dibuatnya.

    0

    0
  46. me_cnor says:

    salam…antara novel melayu yg paling saya dan masih ingat sampai sekarang wlaupun dah lebih sepuluh thn dulu—-> Pesanan Terakhir Seorang Lelaki……..sy suka bila watak utama nyer tidak digambarkan keterlaluan dr segi kecantikan, kekayaan dan juga kebaikan hati budi….secara ringkasnyer watakkcinta dan kebahagian milik sume….seorg perempuan biasa juga mampu memiliki cinta agung…lelaki yg dimaksudkan pd tajuk ialah seorang ayah..ini satu lg faktor sy suka psl buku nih…kasih sayang sesama keluarga takkan putus walau sejauh mana kita cuba leraikan atau sejauh mana kebencian di hati……sekian…sila baca klu rasa tertarik…huhuhu

    0

    0
  47. eijan says:

    mesti la karya suri ryana – maid. novel ni menang untuk anugerah pi;lihan pembaca popular berita haria bulan lepas….ade masuk suratkhabar. memang seronok cite nye..

    0

    0
  48. Cik Honney says:

    Novel yang paling mendapat tempat pertama dalam hatiku ini sudah semestinya novel Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah. Sesiapa yang baca novel ni mesti akan tersentuh dengan jalan penceritaannya. Masa saya beli novel ni dah masuk cetakan yang ke-11. Bayangkan la, mesti cerita dia mendapat di hati peminat setia novel. Novel nie memang betul-betul menyentuh hati dan perasaan sesiapa sahaj yang membacanya. Geram, Marah, Sakit hati, Gembira semua ada dalam novel nie. Tak percaya bacalah.

    0

    0
  49. zoe says:

    Novel yg paling aq suka ialah Hatiku di Harajuku karya RAM,citenya mmg best,selain 2 aq jugak suka Tombiruo,Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir,pendek kata aq mmg suka ngan novel RAM

    0

    0
  50. Fasihah says:

    Seingat saya semenjak saya pandai membaca daripada umur 5tahun,membaca telah menjadi sebahagian daripada hidup saya.Seawal 5tahun,saya didesahkan dengan surat khabar kemudian yang paling melucukan ibu saya menegur saya kerana membaca ruangan “Asam Garam Rumah Tangga” sedangkan ketika itu saya masih di sekolah. Novel yang dikatakan begitu dekat di hati adalah novel Bicara Hati karya Damya Hanna.Novel ini adalah novel pertama yang saya beli dengan elaun saya sendiri.Setiap perkara pertama yang kita lakukan selalunya akan kita ingat sampai bila-bila.Novel itu masih dalam simpanan saya walaupun bentuknya sudah berubah rupa akibat berapa banyk kali saya membacanya.Saya pun tidak tahu.Sejak dari hari itu,saya akan membeli novel keluaran terbaru setiap bulan.

    0

    0
  51. Fasihah says:

    Semestinya bicara hati.Hal ini kerana novel ini merupakan novel pertama yang saya beli dengan duit elaun saya sendiri.Setiap kali membacanya setiap kali air mata meruntun.Bayangkan ketika ke kelas pada waktu pagi,mata pasti bengkak penangan novel itu.Kini,novel itu disimpan elok biarpun ia sudah berubah bentuk akibat terlalu banyak kali dibaca.Itulah memori yang paling indah kerana sebuah novel ikatan sebuah persahabatan terjalin,salam
    perkenalan dihulur.

    0

    0
  52. Adilah says:

    Saya suka baca novel Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah kerana ceritanya membuat saya menangis tanpa dipinta,mencintai seorang lelaki walaupun dirinya tidak layak berdampingan,kecekalan seorang wanita sebagai isteri dan ibu menghadapi keegoan seorang suami dan lelaki yang dicintainya…

    0

    0
  53. tukang ajar budak says:

    saya juga suka bace novel..tp itu berbelas tahun dahulu ketika maseh bujang dan remaja..masuk u terus ilang hobi tuh sebab bz dgn study..jiwe pon jadi kental dh..wat mechanical engineering mmg mental, bile kerja ngajar maths engineering, tgk buku tebal2, tulisan byk terus rase pening…bole tgk nombor2 jer..tp haritu ade terjebak dgn member kt ofis berjaya juga habiskan novel ‘ cik bunga dan encik sombong’ best..kelakar citer dia..

    0

    0
  54. Aien says:

    Saya suka baca novel Andai itu Takdirnya karya Siti Rosmizah..
    Kecekalan hati Aleeya membuatkan saya tersentuh dan banyak pengajaran yang saya dapat antaranya ialah jangan membiarkan ego menguasai diri kelak menyesal diri.

    0

    0
  55. che siti says:

    paling best saya suka karya dr Hlovate…bermula dgn Tunas…Aa+Bb…5 tahun 5 bulan…versus…contengan jalanan…pendek kata…semua karya Hlovate saya baca…sebab karya2 dr beliau ada ‘jiwa’…dan sgt dekat dengan realiti sebenar…

    0

    0
    • bunga says:

      Saya suka pengarang Hlovate! Penceritaan sempoi2 aje…Paling saya suka novel pertama beliau, 5tahun 5bulan tapi masih jatuh cinta dengan Contengan jalanan, Aa+Bb, versus etc… sangat relate dengan kehidupan dan diolah sesuai dengan islam… kerana novel Hlovate saya mula selak al-mathurat…alhamdulilah…
      “The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th.”

      0

      0
  56. ika says:

    saya pon suka semua karya HLOVATE espeacially 5 tahu 5 bulan dan Aa + Bb..penulisan sgt sempoi dan best.ayat2 dalam novel tu x terlalu berbunga2 dan dekat sgt dgn jiwa remaja.lagi2 kalau baca tunas..mcm balik kezaman sekolah semula je rasa.:)

    0

    0
  57. Engku Muzahadin says:

    Sejujurnya, sudah banyak buku terutamanya novel yang telah saya baca. Tetapi dalam banyak-banyak itu mesti ada satu yang paling kita suka. Jika bahan bacaan yang dibahaskan itu adalah novel, maka secara peribadinya saya memilih sesebuah novel itu berdasarkan nama pengarangnya. Namun tidaklah bermakna novel bingkisan penulis baharu tidak dilayan sama sekali. Novel-novel nukilan penulis Ramlee Awang Murshid merupakan antara bahan bacaan yang selalu menjadi pilihan hati. Dan dalam deretan karya beliau kisah Laksamana Sunan menduduki takhta tertinggi sanubari.

    Bermula dengan Bagaikan Puteri, diikuti Cinta Sang Ratu, dijalin dengan Hijab Sang pencinta, dicantumkan pula Cinta Sufi, diteruskan menerusi Sutera Bidadari dan kesudahannya Sunan Musafir. Enam episod yang cukup berharga bagi pencinta tema pengembaraan epik. Bukan mudah untuk menggarap sebuah kisah yang menuntut daya imaginasi luar biasa oleh pengarang itu sendiri mahupun dari sudut pembaca. Lebih istimewa apabila kesemua episod pengembaraan Sunan ini punya daya tarikan yang tidak bisa dinafikan.

    Pertarungan dengan makhluk gergasi dengan rupa paras yang bengis, pelayaran membelah samudera, penentangan taghut yang penuh muslihat, dan terlontar ke zaman dan dimensi yang berbeza merupakan antara cebisan plot yang boleh membuatkan pembaca terpaku pada lembaran-lembaran yang terdapat dalam novel ini.

    Suatu aspek lagi yang membuatkan novel kisah Sunan ini menjadi koleksi emas peribadi adalah watak utama yang terdapat dalam fiksyen ini. Saifudin atau gelarannya Laksamana Sunan digambarkan sebagai seorang lelaki yang hampir sempurna. Sempurna yang dibicarakan itu bukanlah dari aspek rupa paras dan harta kekayaan yang biasa disogokkan dalam novel-novel kebayakan. Sempurna di sini merujuk kepada perjalanan meraih cinta Ilahi. Walau bagaimanapun, dalam siri kisah ini juga turut dimuatkan kelemahannya yang tidak selalu berjaya menentang kejahatan. Ini selari dengan kefahaman insan bahawa manusia itu merupakan makhluk yang lemah dan yang sempurna itu hanyalah Tuhan yang satu.

    Maka, atas sedikit faktor yang dinyatakan itulah keenam-enam buah novel yang dijalin dengan sebuah ceritera ini menjadi pilihan jiwa. Jika di Barat, novel Harry Potter mempunyai siri yang dipuja ramai, bagi saya, tidak keterlaluan andai bingkisan Sunan ini boleh dinamakan sebagai ‘Harry Potter Malaysia’ kerna pengikutnya juga tidak kurang hebatnya meskipun majoriti pencintanya hanya tertumpu di negara ini.

    0

    0
  58. dibnaisha says:

    novel yg paling saya suka baca setakat ini adalah ‘ AWAK SUKA SAYA TAK’ oleh Melur Jelita. ini adalah kerana novel ini penuh unsur2 yang baik2 dan menenangkan jiwa ketika membaca; contohnya penuh dengan ayat2 kasih sayang, keislaman yang menyentuh rohani & jiwa, motivasi yang membina diri dan juga cara penyampaian penulis yang begitu bersahaja dan mudah difahami. Perjalanan cerita novel ini sedikit sebanyak telah menyentuh hati n jiwa saya sendiri supaya berusaha menjadi seorang yang lebih baik dari hari ini dan semalam. Syabas diucapkan kepada penulis kerana berjaya menghasilkan novel ini..

    0

    0
  59. Jammie says:

    Novel yang paling saya suka dan memberi impak sepanjang pembacaan saya ialah trilogi Tombiruo iaitu Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir. Hasil karya Ramli Awang Murshid (RAM) ini memberi kesan emosi yang sangat hebat dan mendalam sehingga kita sendiri terasa seolah-olah berada di dalam cerita tersebut. Segala penceritaan yang berkaitan dengan pasangan kembar Ejim dan Amiruddin sangat mengujakan untuk novel diselak sehingga ke akhirnya. Walaupun bertahun lamanya novel-novel ini dibaca namun ketiga-tiga novel ini sangat terkesan dihati dan sentiasa diingati meskipun ada novel lain yang telah dibaca. Memang sukar untuk menterjemah perasaan dan emosi ketika dan selepas membaca novel-novel ini. Sejujurnya, karya RAM sangat hebat!

    0

    0
  60. fatinshuhadah says:

    saya paling suka baca novel ‘Andai itu Takdirnya’ kerana jalan cerita penuh pancaroba,dan bila membacanya kita dapat merasai emosi watak yg diberi. Dan kecekalan watak Aleeya dapat memberi motivasi kepada pembaca. :)

    0

    0
  61. Mohammad Nizam says:

    Saya paling suka baca novel Dosa Semalam karya Adilla Tasha kerana jalan cerita yang tersangat menarik. Bukan kisah percintaan remaja tetapi lebih kepada kematangan. Bahasa sangat mudah di fahami, kronologi cerita sangat bagus.penulis melakarkan perjalanan seorang wanita yang di aniaya dan di zalimi pada awalnya, tapi wanita itu tidak berputus asa. Itu yang penting! Apa saja kesusahan kita, jangan putus asa.

    Novel ini mengisahkan Hanim yg menjadi menjadi mangsa rogol angkara Ariff, bosnya sendiri. Ariff kemudian menghilangkan diri. Hanim dibuang keluarga setelah disahkan mengandung. Izan membantunya meneruskan hidup dan melahirkan Aidil yg merupakan segala-galanya dlm hidup Hanim. Kehidupannya berjalan lancar sehinggalah satu hari Ariff muncul semula dalam hidupnya.Ariff sudah lama cuba menjejaki Hanim demi utk menebus dosanya. malah dia sanggup menerima hukuman dari keluarga Hanim dan menjaga kebajikan keluarga itu sepanjang pemergian Hanim.
    Ariff menggunakan peluang terbaiknya ini utk memikat semula Hanim dan menjadi bapa kepada Aidil dlm erti kata sebenar.Hanim menerima Ariff demi kepentingan Aidil.Arrif akhirnya berjaya menyatukan kembali Hanim bersama keluarganya.

    0

    0
  62. mira says:

    Novel yang paling saya suka ialah suami aku ustaz.Saya kagumi watak ustaz hafiz yang sabar membimbing isterinya yang masih muda remaja dan yang juga merupakan sepupunya.Kecekalannya dan kesabarannya dalam menghadapi kerenah sebuah perkahwinan menyentuh naluri hati saya.Selain itu, novel ini memberi gambaran buat sesiapa yang berhasrat berkahwin dalam usia muda.Menghayati jalan cerita ini membuatkan saya kadang-kadang tersenyum kerana ada adegan romantis dan perilaku ustaz hafiz yang membuatkan isterinya mula menyayanginya.Thumbs up untuk suami aku ustaz:).

    0

    0
  63. Datin Maimon says:

    yang paling Tin Mon x leh lupa, SELAMAT TINGGAL SAYANG, tulisan MA LEE CHUSWAN… besh laaaaa, sapa pernah baca, sila LIKE… kalau Nara nak tau jln cerita, google je la… :P

    0

    0
    • sha says:

      sy suka “Pesanan Terakhir Seorang Lelaki” karya Norhayati Berahim sbb bermula dari novel tu lah sy mula membaca & mengumpul novel…bila novel tu hilang, sy usaha carik novel tu lg sampai dpt. jln ceritanya mudah difahami dan watak2 nya digambarkan secara realistik.

      0

      0
  64. azif says:

    Suka semua karya ramli awang murshid…terbaek….paling best novel bersiri laksamana sunan..meninggalkn ksn yg mendalam..

    0

    0
  65. Datin Maimon says:

    novel tu novel tahun 90an, kisah Puteri Nur Deana dan Hakin, asal Puteri ialah Dee, seorg tomboy dan bestfren kpd Intan, gadis kegilaan Hakim semasa di universiti… Hakim jadi sasau selepas Intan berpaling kpd lelaki lain dan pergi utk mendapatkan Dee bagi melepaskan amarah dan kedukaan hatinya, entah bagaimana mereka terlanjur dan akhirnya berkahwin kerana Dee yg lambat period menyangka dirinya mengandung! dek kerana malu selepas dirinya sah tidak mengandung, Dee lari dan membawa diri ke Australia utk menyambung belajar… sekembalinya ke KL, syarikat tempat Puteri (yang dulunya digelar Dee tomboy), diambilalih pucuk pimpinannya oleh syarikat Hakim… the best part ialah bagaimana Puteri cuba menjauhkan diri dari Hakim dan bagaimana Hakim cuba utk membuat Puteri mengaku bahawa Puteri ialah Dee… namun setelah Puteri jatuh cinta, Hakim pula bersikap dingin kerana tidak yakin pada cinta dan tekanan keluarga serta konflik2 yg tidak berhenti melanda hubungan mereka… novel ini menceritakan keteguhan hati Puteri utk memenangi hati Hakim dan menuntut hak Puteri sbg isteri…

    0

    0
  66. Sya Isya says:

    Dah baca banyak novel. Memang suka baca novel sejak sekolah menengah. Banyak novel yang Sya suka baca. Tapi novel yang paling Sya suka baca ialah Tangisan Bulan Madu karya Samsiah Mohd Nor. Masa tu terjumpa novel ni, kepunyaan pakcik. Pastu pakcik kasi novel ni. Bila dah baca novel ni rasa best pula, sejak dari tu, terus suka baca novel. Novel ni sedih sangat. Kesian kat Amira (heroin novel ni). Sya baca semua episod TBM ni sampai TBM4. Bila baca novel-novel TBM ni, sampai boleh hayati dan benar2 rasa perasaan Amira. Cinta Amira pada Bogatt tiada galang gantinya.
    Bulan madunya tidak kesampaian. Bogatt lebih dahulu menemui Tuhan. Cinta pada Bogatt tidak pernah padam walau adik Bogatt yang mempunyai wajah iras arwah Bogatt turut cuba menawan hati Amira. Akhirnya Amira terpaksa berkahwin atas wasiat ibunya yang mahukannya berkahwin kerana mahu melihat dia bahagia. Tetapi rumahtangga Amira ditimpa badai. 1 garapan cerita yang sangat bagus dari Samsiah Mohd Nor.

    Selepas TBM, Sya suka baca novel Hati Seorang Wanita karya Norhayati Berahim. Novel ni pun Sya baca berulang-ulang sama seperti TBM. Berkahwin dengan lelaki bernama Zarul yang playboy dan tak tahu menghargai wanita, Nurain tabah menjalani kehidupan. Dalam cerita ni, memang susah nak tengok Zarul tu insaf dari sifat buayanya. Hinggalah dia merasa betul-betul kehilangan Nurain apabila disangkanya Nurain telah meninggal dunia. Happy ending bila Nurain terima Zarul kembali setelah melihat Zarul sudah benar-benar berubah. Cerita ni touching sangat. Hati Seorang Wanita… Apakah suami milik abadi seorang isteri?. Best novel ni. Ianya menyingkap rahsia hati seorang playboy dan juga rahsia hati seorang wanita. Dah start baca novel ni tak boleh nak stop sebab nak tahu apa yang berlaku kemudian. Kenakalan Zarul mengusik Ain juga mencuit rasa. Boleh ketawa sorang2, tersenyum sorang2 Sya yang membacanya. Sabar je lah si Nurain tu digoda Zarul walaupun di dalam pejabat.

    Frankly speaking, novel-novel lama memang best. Mempunyai keunikannya yang tersendiri. Setiap novel mempunyai jalan cerita yang berbeza.

    0

    0
  67. Sya Isya says:

    Antara novel yang saya suka juga ialah novel Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid. Saya kagum dengan imaginasi RAM dalam plot cerita novel yang dikarang. Sepanjang membaca novel tersebut, saya rasakan seperti saya berada pada zaman Laksamana Sunan. Rasa kagum dengan penulisnya yang berjaya menghayati latar zaman dahulu kala.

    0

    0
  68. budak gemar bergosip says:

    novel ‘ andai itu takdirnya ‘ .. sape2 yg pernah bace novel ni mmg menangis keluar air mata meleleh r ..

    0

    0
  69. hayati says:

    hobi saya mmg mbaca…xkira pe bhan bcaan..yg paling suka bca novel ramlee awang murshid smestinya siri laksamana sunan..mmg best..n novel2 norhayati brahim..bhasa novel diorang mmg power ….novel sharifah abu saleem trilogi cinta pun best…yg di wat drama tu..ngah tgu drama tu ler mlm ni

    0

    0
  70. lovey dovey says:

    ske baca setulus janji karya aina emir. sebab jalan cerita dia banyak pengajaran yang kita boleh dapat.menceritakan tentang kasih antara keluarga,suami isteri,sahabat.

    0

    0
  71. luvida says:

    Salam,

    Novel pertama yang paling menambat hati saya ialah : LAGENDA BUDAK SETAN -karya ahadiat akasyah. Novel ni banyak 3x.. tiga2 kali confirm menangis. part yang saya suka dan tak boleh lupa, masa kasyah tanya nama ayu.. sidaratul dursina. lepas tu, part mintak duit derma.. part budak2 nakal, kasyah n the geng.. liku-liku percintaan ayu dan kasyah.. macam2 lagi la. part yang saya nangis, masa Sapi kene berenti sekolah sebab masalah family, lepas tu part last masa ayu meninggal sebab melahirkan anak. memang touching sangat2! best pulak bile dapat tahu novel LBS ni masuk panggung, tapi movie die tak boleh lawan novel die.. memang terbaik… tak puas baca… cuma, novel kesayangan saya tu, telah di curi orang.. ada lelaki pinjam tapi tak nak pulangkan sebab die nak buat kenangan. huhu! teruk betul :( novel LBS memang syokkk.. sebab saya berjaya suruh adik2 saya baca sampai habis 900 muka surat lebih tu… ex saya pon due orang baca novel tu sebab saya ‘paksa’ … dan semua yang baca confirm berpuas hati :)

    0

    0
  72. luvida says:

    salam,

    novel kedua yang berjaya menambat hati saya ialah “untuk awak teja aulia” karya syud. saya dah khatam 2x novel ni.. memang best.. ayat die sempoi je.. tak de jiwang sangat.. sangat sangat sweeettttt…… kisah kawan baik yang tergelincir suka kat kawan sendiri, tak berani nak bagitau….last2 ade konflik.. ending yang simple tapi nice. part best masa adil sanggup datang terengganu jumpa aulia semata2 sebab aulia caka rindu kat die.. lagi part best masa kat kenduri kawen…adil bagi air kat aulia… :) baca banyak kali pon tak puas.. bagi kawan lelaki baca, die pon sukeeee sangattt….

    0

    0
  73. fiqa says:

    novel yg plg best prnah sy baca byk sbenarnya.. hehe.. tp yg plg sy suka & syg sgt2 ialah nvl bicara hati. sbb nie nvl first sy beli pakai duit sndiri.. plus, jln cerita yg diadun dgn plbagai rncah dan rasa sama ada suka, sedih, marah mahupun geram buatkn sy x henti2 ulang baca nvl nie. rsanya lbih 10 kali sy ulang baca nvl nie.. prjalanan kisah tg shahran dan zahlia yg dr bnci brtukar syg buatkn nvl bicara hati ini amat mnarik di hati sy. wlaupun dah byk nvl2 laen kluar genre yg lbey kurang sama mcm nvl bicara hati tp bg sy nvl bicara hati ada kelainan dan klebihan yg trsndiri. sesungguhnya nvl bicara hati adalah antara nvl trbaik yg prnah alaf 21 trbitkan. thniah pd damya hanna krna brjya mnulis nvl yg brjaya menarik minat ramai hantu2 nvl utk memilikinya.. (^___^)

    0

    0
  74. Eli says:

    eh, MPH Midvalley tak tutuplah…pindah ke Lower Ground Floor dekat-dekat gan Burger King tu…

    0

    0
  75. sukanovel says:

    semua karya hlovate, RAM, nia azalea, bikash nur idris.. =)

    0

    0
  76. fiqa says:

    Sebagai seorang penggemar novel, memang banyak novel-novel yang saya baca dan minati. Lebih-lebih lagi novel yang berunsur cinta dan kasih sayang. Salah satu novel yang paling best, paling saya suka & sayang sangat-sangat ialah novel Bicara Hati. Sebabnya novel ini mengetengahkan jalan cerita yang diadun dengan pelbagai rencah dan rasa sama ada suka, sedih, marah mahupun geram yang membuatkan saya tak henti-henti ulang baca novel ni. Rasanya lebih 10 kali saya ulang baca novel ni.. Perjalanan kisah Tg Syahran dan Zahlia yang dari benci bertukar sayang amat menyentuh hati saya. Walaupun dah banyak novel-novel lain keluar genre yang lebih kurang sama macam novel Bicara hati tapi bagi saya novel Bicara Hati tetap di hati saya kerana dalam novel ini ada kelainan dan kelebihan yang tersendiri. Lebih-lebih lagi cara penulis novel ini, Damya Hanna mengolah dan menggunakan ayat-ayat yang simple dalam menyampaikan karyanya brjaya memikat hati saya. Saya bermain dengan perasaan dan emosi apabila membaca novel ini. Bicara Hati buat saya rasa sangat geram dengan Tg. Syahran yang sesuka hati menuduh Zahlia tanpa usul periksa dan ini membuktikan Damya Hanna berjaya membawa pembaca menghayati penderitaan Zahlia. Saya betul-betul kasihan dengan watak Zahlia yang begitu merindui suaminya semasa Tg. Syahran menghilangkan diri. Lebih-lebih lagi ketika itu dia sedang mengandung. Sesungguhnya novel Bicara Hati adalah antara novel terbaik yang pernah Alaf21 terbitkan.Tahniah pada Damya Hanna kerana berjaya menulis novel yang berjaya menarik minat ramai hantu-hantu novel untuk memilikinya.. (^___^)

    0

    0
  77. SUKA SUKI says:

    eh abg nara..MPH kt midvalley tu ade lg lah.cuma dh pindah ke LG Floor.. saya pon tgh nk abiskan baca buku Mahathir tu..sgt best!

    0

    0
  78. Faizul Nashar says:

    Saya sedang membaca buku DOKTOR UMUM dan ia amat bagus. Saya walaupun ia merupakan bahan bacaan berat kerana setiap bab menyuruh kita umat Melayu berfikir tentang sejarah negara, ekonomi, politik, dan sebagainya. Saya mempunyai ramai rakan Cina dan India, mereka banyak membaca buku seperti ini.

    0

    0
  79. qhaliffah says:

    Novel yang berjaya meruntunkan hati saya ialah novel aku terima nikahnya dari Hasrizal abdul jamil. Novel yang berkisarkan percintaan yang suci dan tatacara syariat bercinta yang penuh hikmah dan pengajaran ini membuka mata dan minda saya sebenarnya Islam membenarkan cinta namun ada panduan yang harus kita ikuti sebagai umatnya. Novel ini juga telah menyuluh hati saya agar mencintai seseorang itu hanya kerana Allah swt. Penceritaan yang mudah dan penuh kesopanan in membuai jiwa dan mengajar saya erti mencintai manusia dengan penuh keredhaan dari pencipta yang Maha Agung. Novel yang wajib dibaca bagi insan yang ingin bercinta dan membina rumahtangga.

    0

    0
  80. qhaliffah says:

    karya yang berjaya meruntunkan hati saya ialah novel aku terima nikahnya dari Hasrizal abdul jamil. Novel yang berkisarkan percintaan yang suci dan tatacara syariat bercinta yang penuh hikmah dan pengajaran ini membuka mata dan minda saya sebenarnya Islam membenarkan cinta namun ada panduan yang harus kita ikuti sebagai umatnya. Novel ini juga telah menyuluh hati saya agar mencintai seseorang itu hanya kerana Allah swt. Penceritaan yang mudah dan penuh kesopanan in membuai jiwa dan mengajar saya erti mencintai manusia dengan penuh keredhaan dari pencipta yang Maha Agung. Novel yang wajib dibaca bagi insan yang ingin bercinta dan membina rumahtangga.

    0

    0
  81. atul says:

    saya suka membaca novel bertajuk ANDAI ITU TAKDIRNYA nukilan siti rosmizah kerana plot dan jalan cerita yang dipaparkan sudah cukup memberi makna yang mendalam mengenai takdir…andai itu takdirNYA,redha dan terima seadanya kerna apa yang terjadi sudah diputuskan dan takdir itu sudah menjadi ketetapan dalam sebuah kehidupan…..

    0

    0
  82. roxannacash says:

    Bagus idea ni, sifat membaca ni memang elok dpt order buku dimerata negara tambah seronok. Kalau di S’pore sifat membaca dah lama ditanamkan dari zaman mak bapak kita 70an gitu…Tak kiralah baca suratkhabar, novel2, majalah janji membaca. Ingat dulu waktu kecik suka masuk peraduan membaca “Story telling” tak menang saguhati pun jadi pasal leh dpt buku percuma! Novel memang best terutama kalau yg sedih-2…feeling gak. Saya suka novel-2 Melayu ni… banyak la penulis yg best-2, yg favourite fuh ramai…kdg kirm mak beli buku hantar sini lepas rindu…yg terbaik. Tapi ada satu yg mak hantar ni dulu best…tak tau agaknye dia tau penulis ni…novel lama dari Dato’ Haji Shahnon bin Ahmad atau Shahnon Ahmad…mula-2 tu fikir penulis pompuan…”Ranjau Sepanjang Jalan” first published 1966…old but vintage. Ia sebuah kisah kehidupaan suami isteri yg mempertahankan sumber rezeki mereka skeluarga. Lahuma kental tidak mahu menyerah kalah walaupun kakinya hampir hancur dimamah duri nibung yang bernanah di dalam tubuhnya. Pemergian Lahuma, memberi tamparan kepada Jeha dan tujuh orang puterinya. Namun, amanah itu digalas. Sedikit pun tidak menyerah kalah. Kadang mcm brutal juga penulis ni…mcm2 cobaan yg ditempuh keluarga ni. Tetapi adalah gambaran kesengsaraan petani yang dihiperbolakan, namun mesej asalnya tentang kemiskinan petani dan kekuatan mental seorang perempuan melayu… Watak-2 utama dlm novel ni…kira smua
    Lahuma dan Jeha serta anak-anaknya Sanah, Milah, Jenab, Semek, Kiah, Lebar. Walaupun sudah agak 5 tahun membacanya tetapi kesannya masih terasa, klau benar adakah manusia sekuat ni? Buku ni pun dah pernah dibuat filem oleh Rithy Panh, “Rice People”. Dato Shahnon ni dah menulis banyak buku, salah satunye yg membuat controversi ialah Shit @ PukiMak @ PM (1999), hampir nak kena ban…berani penulis ni…tulisan sugguh terbaik!

    0

    0
  83. CIK KEBOOOMM says:

    baru habis baca “FIFTY SHADES TRILOGY”…..best gilerrrrrr!!!!!

    0

    0
    • watDah says:

      fifty shades? watdah?

      0

      0
      • adura says:

        yap aku pun baru habis baca fifty shades darker..best siak!

        ko napa wat Dah?jakun bebenor!

        0

        0
      • watDah says:

        jakun tidak minah benot, tapi hairan…disini omputeh pun rata-2 yg beratur beli buku ni adalah wanita-2 yg tidak berupaya melayan suami, nak excitement…so its like seks perks novel…omputeh buat buku ni mcm aphrodisiac…hairan sungguh tak malu ke? dia tanya psl pengalaman baca novel yg tulisan bagus bukan novel membangkitkan nafsu…im not clueless, wateverDah

        0

        0
  84. hazwan says:

    br sudah abis baca Adam dan Hawa..walaupun saya bukan suka baca novel tetapi novel Adam dan Hawa ini menceritakan kisah suka duka Ain dengan baik sekali. Tidak sampai 2 hari saya dapat abiskan novel ini kerana ingin tahu apa yang berlaku seterusnya dengan jalan cerita yang tidak disangka.

    0

    0
  85. pizza says:

    Novel pertama yang aku baca dan terkesan sampai hari ni is Bila Sena Kembali Berbunga karya Amaruszati Noor Rahim. Sampai skrang aku ingat. Bila kuar buku kedua yang giler tebal, aku tabahkan diri membaca sampai habis, every word of it, sbb aku jenis suka baca lompat-lompat. Lagi satu, Obsesi. Tp lupa la who’s the author. Lately aku suka baca balik Ayat-Ayat Cinta. Terpaksa baca balik every word of it, sbb setiap bait tersirat makna yang dalam. Rasa x puas bila baca lompat-lompat cm yang biasa aku buat kalau baca novel.

    0

    0
  86. amran says:

    saya suka membaca novel Mr Cinderella edisi melayu kerana memberi jiwa yang mendalam tentang cinta.

    0

    0
  87. raif says:

    ambo meme suko baco ombak rindu, sebuah penceritaan hebat dgn unsur romantik, kesedihan dan kegembiraan, juga novel Kau Yang Satu, memang superb lah, raso nok baco berulang kali!

    0

    0
  88. nadya says:

    Sejak 1-2 tahun lepas, saya amat meminati siri novel karya Awang Ramlee Murshid berkenaan Laksamana Sunan. Saya memiliki kesemua siri yang telah diterbitkan, bermula Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari, dan terkini, Sunan Musafir. Kesemua Novel ini saya habiskan kurang dari 5 hari. Sebab meminati siri-siri ini telah bermula dengan pembacaan Mandatori. Secara ringkasnya, plot, jalan penceritaan, pembinaan watak dan perwatakan yang digarap dari pelbagai sudut termasuklah sains, fiksyen, imaginasi, sejarah, dan yang paling penting, keagamaan. Elemen-elemen ini banyak membantu saya memantapkan lagi ilmu pengetahuan dari pelbagai sudut, mencabar penambahbaikan cara menerapkan info-info yang diselitkan dalam novel-novel ini, secara langsung atau tidak, sekaligus mempraktikkannya dalam kehidupan sebenar.
    Selain itu, tarikan tersendiri siri-siri Saifuddin ini adalah garapan jalan ceritanya seolah-olah mampu meyakinkan pembaca bahawa hikayat Saifuddin ini pernah wujud suatu ketika dahulu seiring dengan hikayat Hang Tuah, sementelah ketika di bangku sekolah sehingga di Universiti saya amat meminati matapelajaran Sejarah, walaupun hakikatnya saya yakin watak ini adakah rekaan semata-mata. Satu ayat yang sentiasa melekat di hati ‘Mati itu pasti, Hidup Insya Allah’, memberi ‘tamparan’ pada saya supaya sentiasa mendahulukan Allah SWT dalam segala hal. Terima Kasih.

    0

    0
  89. didie85 says:

    hi nara!!
    kena komen kat sini ke?

    0

    0
  90. Anonymous says:

    saya suka novel yang terindah karya anis ayuni sebab jalan crita dia ada unsur percintaan dan kekeluarga,critanya best sngt.

    0

    0
  91. Anonymous says:

    Anak Dara Menteri 1, 2 dan 3.. baca novel ni macam baca majalah Ujang. siyes lawak dan terbaik!

    0

    0
  92. Nujaimi says:

    Sejak dari remaja lagi saya memang suka baca novel dan sehingga sekarang mempunyai puluhan koleksi novel yang masih terjaga dengan baik dalam simpanan saya. Pening jugak nak fikir novel mana yang paling saya suka sebab hampir semuanya menarik. Akhirnya saya pilih berdasarkan novel yang paling kerap saya ulang baca iaitu novel “Sentuhan Kasih” karya Norhayati Berahim. Saya sangat sukakan jalan ceritanya, watak-watak utamanya iaitu Inas dan Zakry dan juga lokasi yang dipilih. Kisah mengenai keindahan perkahwinan mereka yang pada awalnya bertujuan memberikan tempat tinggal kepada Inas yang berada di bumi asing Norway. Mereka hidup sebumbung dengan saling rasa hormat. Sikap budiman dan tidak pernah memaksa dalam diri Zakry menjadikan dirinya lelaki yang sempurna di mata Inas sehingga dalam diam Inas mula jatuh hati pada suaminya. Gaya Norhayati Berahim menulis tentang lokasi cerita ini juga membuatkan saya seolah-olah pernah berada di bumi Norway. Segalanya tentang novel ini memang cukup indah dan membuai perasaan.

    0

    0
  93. syafiqah atikah says:

    saya suka membaca novel Adam & Hawa kerana ia mengisah kekuatan cinta Adam dan Hawa yang terpaksa berkahwin dan kemudian berpisah dan bertemu kembali di Majidilharam dan akhirnya bersatu jua..ia menunjukkan sejauh mana kita lari andai dia jodoh kita akhirnya bertemu jua..itula kuasa Allah dan inila yang dinamakan JODOH..

    0

    0
  94. Athirah says:

    saya suka membaca buku-buku dari novelis Hlovate kerana ia dapat menimbulkan kesedaran untuk ramai orang, termasuk saya untuk cuba berubah ke arah jalan hidup yang Addin. Islam sebagai cara hidup.

    0

    0
    • gee says:

      sape la yg yg dislike kumen sal hlovate ni..mmg jahil la..dr bc nvel meleleh cam andai itu takdirnya baik la korg bc hlovate..byk perkongsian minda xde la drama je lbeh

      0

      0
  95. samirah says:

    novel yang paling saya suka ialah ANDAI ITU TAKDIRNYA karya siti rosmizah..byk kali ulang baca pun xjemu kerana jalan penceritaannya sangat menarik dan kisah yang sangat sedih..setiap kali baca pasti menangis sampai terbawa-bawa emosi ni ke dalam dunia realiti..thumbs up!!!

    0

    0
  96. aza says:

    dari bangku sekolah lg sya berminat sangat2 membaca novel…1 novel sya blh menghabiskan dlm masa 1 atau 2 hari sangup x makan x mandi x tido…ini dinamakan gila novel…haha…apa2 pon mmg terbaik la…teruskan berkarya!

    0

    0
  97. Assalamualaikum…

    Dalam lambakan novel di pasaran,memang ada sebahagian novel yang berkualiti tinggi.Antaranya ialah novel karangan R.A.M,penuh dengan pengajaran yang berguna,novelnya yang paling menarik hati ialah rangkaian Trilogi bagaikan Puteri yang terdiri dari beberapa buah novel iaitu Bagaikan Puteri,Cinta Sang Ratu,Hijab Sang Pencinta,Cinta Sufi,Sutera Bidadari dan Sunan Musafir.Bagi saya.Isinya selain penuh thriller,ianya juga penuh dengan pengajaran agama Islam yang cukup membuat diri terkhayal bagai menggapai langit ketujuh menuju ke syurga.Alhamdulilah,dengan novel inilah,saya banyak terdidik akhlak dan memandu hidup melalui watak-wataknya yang terasa bagai hidup dan berada di sisi seperti Laksamana Sunan aka Saifudin,Ratna Sang Ratu,Haryani,Dani dan lain2 watak.Untuk pembaca novel,korang pasti dan diwajibkan beli novel-novel ini.Sungguh,korang takkan kecewa dengan hasil karangan R.A.M ni.

    Oh ya,selain tu.Korang memang patut memiliki sebuah novel dari Indonesia ini.Isinya cukup memuaskan hati.Kisahnya yang berkisar seorang pelajar yang dipaksa belajar di sekolah pondok oleh ibunya akhirnya merantau ke Jawa Tengah untuk belajar di Pondok Madani.Kehidupannya yang tertekan dan ditekan akhirnya berubah sebaik sahaja belajar di situ.Novel ini adalah sebuah khazanah berharga sekaligus sebagai tarbiyah kehidupan kepada saya.Tajuknya Negeri 5 Menara karya A.Fuadi.

    Insya-ALLAH,dengan novel2 berunsur dakwah ini.Korang semua akan turut terkesan untuk berubah sejajar dengan watak2 dalam novel2 yang saya sebutkan ini. :)

    0

    0
  98. Amier says:

    Permata yang hilang…

    0

    0
  99. Medina says:

    Banyak novel telah saya baca dan beli tidak kira keluaran alaf21 ke, kaki novel ke, prima ke dan lain-lain penerbitan. Antara koleksi-koleksi novel yang telah saya miliki, novel yang paling saya suka ialah suamiku tak romantik tapi autistik karya Farisha Imani keluaran kaki novel. Walaupun penulis masih remaja, tetapi beliau berjaya mengupas isu penyakit autistik dengan mendalam dan jayanya. Sebelum ini, saya kurang mengetahui apa itu autistik sehinggalah saya membaca novel ini. Banyak maklumat perihal penyakit ini saya perolehi. Di samping itu, penulis juga banyak berkongsi perkataan-perkataan bahasa korea di dalam novel tersebut. Saya sebagai peminat nombor satu bahasa korea amat menghargai perkongsian yang diberi oleh penulis.

    0

    0
  100. ilike says:

    Antaranya buku bertajuk ‘Badai Semalam’… saya terjumpa buku makcik saya..buku tu tahun 80an x silap.mmg feeling habis dan telah diteaterkan lakonan erra fazira.

    0

    0
  101. Sharina says:

    Saya suka membaca apa sahaja novel dari penulis Ramlee Awang Murshid (RAM). Jalan ceritanya sangat berlainan dari novel Melayu yang ada di pasaran. Kebanyakkan genre ceritanya ialah thriller, seram dan sedikit unsur cinta. Saya akan mendapatkan segera di MPH Store bg setiap keluaran baru dari penulis RAM. Setiap kali membaca novel beliau, saya seolah-oleh berada dalam cerita tersebut. Kenapa penerbit-penerbit filem tidak mahu mengambil novel beliau dan dijadikan sebuah filem?Terutamanya kisah berkenaan Laksamana Sunan. Tapi saya tahu penerbit tidak mahu dan takut unuk mengambil novel beliau utk dijadikan filem kerana memerlukan budget yg sangat besar. Bukan calang2 penerbit filem yg sanggup mengambil risiko ni.Kalau ada penerbit yg mahu angkat novel RAM dijadikan filem, biarlah dr syarikat adik beradik KRU. Diorang sgt creative. Apa-apa pon, sekarang saya sudah mula membeli novel kegemaran & buku utk anak saya secara online. No delivery charge..;-) TQ MPH Online..

    0

    0
  102. embong says:

    dlm banyak2 yg di baca, maid plg best..tak kering gusi membaca nyer….novel yg bagus pasti ada ramai peminat…..satu lagi novel fauziah ashari pergilah sepi..

    0

    0
  103. norhafiszah says:

    novel yang paling menyentuh perasaan saya adalah OMBAK RINDU!!!

    saya baca dari slot novel bersini Majalah Remaja..baca satu siri je dah jatuh cinta.terus laju laju pergi MPH alor Star pergi cari OMBAK RINDU..puas hati dapat peluk novel OMBAK rindu tu
    ..memang emosi..dan jiwangnya tahap diawangan..sedihnya tahap menyiat hati..memang superb!

    0

    0
  104. cik lynn says:

    saya mula baca novel masa tingkatan 1…dalam banyak2 koleksi novel yang saya ada, saya paling suka Andai Itu Takdirnya…setiap kali saya baca novel ni, mesti menangis teresak2…novel ni berkisarkan tentang isteri yang sangat tabah dalam harungi liku2 alam perkahwinan…sama macam Ain Hawani, Aleya pun kena tangkap basah…pandai penulis olah ayat sampaikan saya dapat rasa apa yang Aleya rasa…dihina, diseksa dan part paling teruk Aleya dibelasah suami masa tengah sarat mengandung….sampaikan dia bersalin tanpa suami di sisi dan diuji pula salah seorang kembarnya meninggal dunia…perkara yang sama hampir berulang bila dia mengandung kali kedua…banyak pengajaran dan iktibar yang boleh diambil dari novel ni…tak mustahil benda2 macam ni ada terjadi di sekeliling kita sama ada kita sedar atau tak je…

    novel Aku Yang Kau Tinggalkan pun best juga walaupun tebal…saya suka cara penulis membawa pembaca menerokai kawasan Turin di Itali dengan baiknya…berkisarkan tentang seorang gadis yang sanggup berkorban demi keluarganya…saya sangat kagum dengan segala pengorbanan yang Nia lakukan…tak tau la saya mampu lakukan atau tak kalau saya di tempat Nia…saya juga kagum semangat Nia untuk menampung kehidupan dia di tempat asing…tapi siapa sangka…walaupun jauh dia larikan diri, suami dia tetap jumpa…bila bahagia baru dikecapi, ada saja halangan dan salah faham terjadi…cuba la baca novel2 ni…saya yakin korang mesti suka :)

    0

    0
  105. dzzain says:

    novel saya suka???semua saya beli semua suka….tp novel Andai Itu Takdirnye by Siti Rosmizah mmg power…paling suke sebb girlfriend belikan…tersentuh dengan karya penulis, baca banyak kali pon masih ada feel…:)

    0

    0
  106. nur_an says:

    AWAK SUKA SAYA TAK? karya Melur Jelita sangat best..(Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…) Kasih sayang yang mendalam antara Hilman Yong & Intan Zulaikha tanpa melupakan syariat Islam sangat menyentuh perasaan.. Ayat romantik dalam novel ini membuatkan jiwa melayang-layang..Novel yang buatkan diri memahami bahawa takdir bukan saja satu kebetulan tetapi ketentuan yang sangat indah..=)

    0

    0
  107. mizz says:

    all hlovate nyer novel sy suka…trylah baca guys…suka cara penulis create watak2 dlm setiap novelnyer..beri kesan pd diri kita sbb apa yg disampaikan penulis melalui watak2 dlm novel dia sume tu perkara2 yg mmg real berlaku pd sesetengah pd manusia…ada masanya pemikiran penulis mmg diluar alam dengan jln cerita,kata2 perbualan,ayat2 yg disampaikan sgt mendalam dan menunjukkan penulis seorg yg berpikiran luas dan sure sedikit sebyk dr pengalaman hidup dia kot…yg pentg kisah dia lain daripada yg lain…byk memberi kesedaran dan byk menyelitkan kearah kebaikan…i mean kisah hlovate bkn cite jiwang tp kisah yang menyentuh jiwa…

    0

    0
  108. farah says:

    sya suka novel..sbb owg yg minat novel ny hnya owg yg brjiwa seni n pandai imaginasi baru boleh hayati kisah disebalik novel tu..novel yg paling paling paling da boom ialah 7 hari mencintaiku karya siti rosmizah..novel ny mmg tebal..but sya dpt hbeskan novel tu dlm masa 3 hari lama jgk tu kengkangan masa mmbtaskn sgalanya..novel ny mmg mruntun kalbula..7 hari dya cuba nk menagih kembali cinta suaminya ..mmg sedih gila bercucuran air mata bila mmbaca kisahnya..

    0

    0
  109. noor says:

    tak seindah mimpi karya sharifah abu salem.. syok sangat.. ala2 adam n hawa juga. kekuatan seorang gadis serta dilema yang dihadapi. novel lama tapi kalau buat cite tentu meletup balik

    0

    0
  110. quefa says:

    novel terbaik dan paling terkesan di lubuk hati : memoir seorang guru.. membuatkan saya menilai sejauh mana ketulusan dan keikhlasan saya mendidik anak-anak di sekolah..sudah cukupkah ilmu yg diberi kepada pelajar dengan nilai wang yg diterima..diharapkan semuanya menjadi harta yg halal..amin

    0

    0
  111. aaa says:

    assalamualaikum abg nara :)
    memang kegemaran membaca dan pastinya mengumpul novel2 yg bestseller :D
    puluhan novel sy masih dalam keadaan yg baik. novel yg paling BEST bagi saya, tentulah BICARA HATI :) memang banyak sangat novel yg best tp BICARA HATI tetap nombor satu selamanya :D walaupun Tengku Syahran agak jahat dalam novel tu tp novel ini lah novel paling best bg saya :D BICARA HATI tetap nombor satu^^ novel yang paling saya sayang n berat nak bg orang pinjam.hihi, takut rosak :p

    0

    0
  112. puteri beradu says:

    salam..bkn MPH @ midvalley tkr @ LG floor kew,berdepan ngn burger king..x tutup rasanya..sbb sy slalu beli novel kat situ every month..

    0

    0
  113. cik Donat says:

    salam.. CD suka sgt baca novel ‘Andai Itu Takdirnya’ karya Siti Rosmizah.. feeling habis kalo baca novel tu..kalo wat drama mmg tiptop la..kui8..lagi 1 novel yg CD suka ‘QUARTET’.. Islamik sikit..pasal sorg hawa mencari cinta sejati.. HLOVATE punye pn best!! =)

    0

    0
  114. inOn says:

    1) Mandatori -Ramlee Awwang Murshid
    2) Contengan Jalanan -Hlovate

    mandatori was the 1st novel dat i’ve read. paaaaling best sebab novel ni lain dari yang lain- it combines psycho,thriller,agama,current issue,cinta. sumenya seimbang dan bayak bg info serta ilmu. mainly this novel is about multi-personal disorder dan dia siap bagi kita solution tu overcome the probs. 1page pun xkan dapat tinggal sebab nanti kita ada misunderstood dgn plot novel ni. mmg best thekebaboomzz lah abg nara!

    contengan jalanan pulak is the hlovate’s latest novel. novel ni mmg lahhhh sgt unik sbb dia ada 2cover, so mcm kita curious nak tau mana nak baca dulu. the characters in both parts is related to each other.

    kedua2 novel mmg xstereotaip, dan mendorng kita untuk berfikir di luaq kotak, out of the dimension….dan paling penting buat kita jadik psycho sekali!!!. finally dia bwk kita kembali pada fitrah jugak….. hehe… novel2 yg sgt meruntun jiwa u ollsz.

    nak suggest gak kat sini(nothing to do with advertise hahaha) . tp dia bukan dlm kategori novel iaitu travelog. abg nara dgn yang lain bleh try baca SEMUA buku ust.hasrizal. its freakin good! :)

    0

    0
  115. Azlina Aziz says:

    Yes Boss! Karya Areila Sahimi. Novel yang buat saya tersenyum dan gelak sorang2. Hilang terbang ke’stress’an yang melanda. Ketawa penawar duka. Tanpa sedar dengan ketawa timbul satu semangat. Sesukar mana pun sesuatu, kita pasti akan dapat mengatasinya. Insya-Allah.

    Dan kala diri gembira, terbuai dengan keindahan dunia, novel Bicara Hati penatap mata. Kehidupan ibarat roda. Tidak selamanya kita di atas. Walau ujian melanda, tabah lah menghadapinya. Nikmatnya berganda-ganda.

    Sedih, duka, tawa, lara. Itu lah resam di dunia.

    *enjoy reading every single books and thanks to all novelist. :D

    0

    0
  116. ijaufroggy says:

    pesanan terakhir seorang lelaki~
    hasil karya Norhayati Berahim
    cite tu best sebab menceritakan ketabahan seorang wanita sebagai soerang anak dalam merebut kasih soerang ayah..
    kisah tu bagi semangat pada diri kita sebagai pembaca.walau teruk camne ayah kita,keluarga kita,mereka tetap keluarga kita.
    kekerasan ditangani dengan penuh kelembutan dan kasih sayang seorang anak.
    cite tu mmg akan ajar kita cmne kite perlu berbakti pd keluarga.
    mmg novel tu novel cinta.cinta yg disusuli dengan semangat dan sifat kekeluargaan.
    novel tu banyak mengajar saya untuk berbakti pada ibu bapa dan keluarga,…
    novel tu jgk buka mata saya…
    novel tu banyak mengajar erti kemaafan…
    betul2 suka novel tu..

    0

    0
  117. norma1711 says:

    ramainya peminat novel ramlee awang murshid. saya juga salah seorang darinya. tapi sebab dah ramai yg ulas saya nak imbas balik novel favourite saya masa zaman sekolah dulu.
    antara penulis yg saya suka khadijah hashim. banyak novelnya yg jadi best seller ketika itu. saya memang peminat novel beliau antaranya Mira Edora (dah dijadikan filem), badai semalam (dah dipentaskan utk teater), bila & dimana, laila azwa gadisku (dah buat telefilem), pelangi pagi (dah buat filem gak tukar tajuk jadi Bicara hati) dan ada beberapa lagi. naskah novel di atas masih ada dlm simpanan saya.
    yg bestnya pasal novel khadijah hashim nie plot cerita tersusun elok, lenggok bahasa yg teratur & bersopan (x macam sesetengah novel sekarang nie bahasanya dah macam bahasa pasar) dan setiap penceritaannya tidak terlalu ringan dan tidak juga terlalu kompleks. yang paling best endingnya mestilah happy ending..hehehe…rindu novel buah tangan kak jah nie…

    0

    0
  118. Tukang Tanya says:

    contest ni smpi ble?n ble akn umumkn pemenang?

    0

    0
  119. kawaiidysha says:

    saya suka baca novel ‘Andai Itu Takdirnya by Siti Rosmizah’.. jalan cerita yg sgt tragis dan tiap kali baca tiap itulah airmata sentiasa jatuh berderai2.

    0

    0
  120. mama sri says:

    saya suka baca novel karya Ramlee Awang Murshid bertajuk Fiksyen 302 sebab jalan cerita yang mantap,suspen dan menyebabkan saya berfikir bagaimana sekiranya ia benar-benar berlaku.plot yang hebat membuatkan saya tak sabar nak tahu kesudahanya.

    0

    0
  121. Sue Allen says:

    Novel paling tragis yg pernah sy baca “ANDAI ITU TAKDIRNYA” tulisan SITI ROSMIZAH , kesah kehidupan Syed Aizril & Aleya yg penuh ranjau & liku…setiap kali bace mmg menitis air mata…

    0

    0
  122. sape menang says:

    sape yang menang ni abg nara??

    0

    0
  123. ziela says:

    still xde pemenang???

    0

    0
  124. liyana says:

    sy nak tahu siapa [email protected]

    0

    0
  125. nizam says:

    jangan lupa umumkan keputusan..:)
    [email protected]

    0

    0
  126. AbangNara says:

    pemenang sudah dipilih. tunggu MPH hubungi anda ye. pastikan check SPAM email

    0

    0
  127. liyana says:

    novel da diambil..cousin tlg amik..sume best2…:)

    0

    0