Siapa yang tak kenal IKEA. Terkenal dengan perabot yang mampu milik dan semestinya meatball yang sedap. And mostly orang pergi IKEA sebab nak makan meatball je.
Tapi tahukah anda? Nama IKEA ini asal dari acronym Ingvar Kamprad Elmtaryd Agunnaryd
Pemilik IKEA Ingvar Kamprad memulakan perniagaan ini di Sweden pada umurnya masih 17 tahun. Ia bermula apabila ayahnya bagi duit sebagai ganjaran sebab dapat keputusan yang baik di sekolah. Jadi sebagai orang yang bijak and maybe agak bijak bagi budak 17 tahun, dia mengambil keputusan untuk membuka syarikat perabot sendiri.
Bagi membuka syarikat dengan jenama sendiri, beliau perlu mencari nama untuk syarikatnya.
Dengan gabungkan nama beliau Ingvar Kamprad, beliau mengambil huruf I dan K kemudian beliau mengambil huruk E dan A yang merujuk kepada E (Elmtaryd) nama ladangnya milik keluarganya serta A (Agunnaryd) iaitu nama kampungnya.
Dan sekarang IKEA menjadi syarikat gergasi di dunia yang menjual perabot pasang sendiri.
And, IKEA was born!