Apakah Makanan Kanak-Kanak Di Seluruh Dunia? Jom Lihat Gambar Ini

Kehidupan

Apakah Makanan Kanak-Kanak Di Seluruh Dunia? Jom Lihat Gambar Ini

Seorang jurugambar mengembara ke seluruh dunia untuk mendokumentari makanan yang di makan oleh kanak-kanak setiap minggu.

Gregg Segal, mendapat inspirasi untuk mengambil gambar kanak-kanak dan makanan kerana masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak yang semakin tinggi.

Advertisement

Meissa Ndiaye, 11, Dakar, Senegal adalah seorang muslim dan pelajar tahfiz yang sukakan makanan manis, seperti bubur,  daging kambing.

Kawakanih Yawalapiti, 9, Upper Xingu Mato Grosso, Brazil mengamalkan ikan, bubur, buah-buah-buahan dan kekacang.

Advertisement

Ia hanya memerlukan 5 minit sahaja untuk makan malam.

Apabila lapar, saya terus ke sungai menangkap ikan.

Nur Zahra Alya Nabila Binti Mustakim, 7, Kajang, Malaysia, gemar menikmati masakan dari rumah iaitu nasi lemak, nasi, telur rebus, timun, ikan bilis, dan kacang.

Tharkish Sri Ganesh (kanan), 10 dan Mierra Sri Varrsha, 8, Kuala Lumpur, Malaysia, suka menikmati makanan India seperti tosai dan nasi daun pisang.

Rosalie Durand, 10, Nice, Perancis, mempunyai diet yang sihat termasuk ikan segar seperti sardin, salad, dan sosej adalah makanan kegemarannya.

Yusuf Abdullah Al Muhairi, 9, Mirdif, Dubai, UAE, menyukai masakan ibunya walaupun hanya telur cincang dan juga roti bakar.

Advertisement

Anchal Sahani, 10, Chembur, Mumbai, India, setiap hari menikmati masakan ibunya dengan menikmati sayuran segar seperti bendi dan bunga kobis. Bukan itu sahaja, beliau sering menikmati masakan ibunya iaitu kari dan juga roti.


Altaf Rabbal DLove Bin Roni, 6, Gombak, Malaysia, amat menyukai sate yang dibuat oleh ayahnya sendiri. Beliau gemar sate ayam dan juga daging.

Alexandra Lewis, 9, dan Jessica Lewis, 8, Altadena, California, menggemari semua tanaman di belakang rumah dan setiap hari mereka akan menikmati ayam dan juga telur.

Beryl Oh Jynn, 8, Kuala Lumpur, Malaysia, memorinya tentang makanan adalah bubur dan juga kek. Makanan kegemarannya ialah spageti dengan sos carbonara. Beryl menanam sayur pak choi dan bayam di laman rumahnya. Beliau tidak dibenarkan minum soda oleh ibu bapanya.

Apa pendapat anda? adakah makanan yang diamalkan oleh kanak-kanak sekarang cukup nutrisi?

Sumber: theguardian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...