August 26th, 2010

Sedar tak sedar dah dekat nak raya dah. Bila bercerita pasal raya, sudah tentu tak lepas lari daripada bercerita tentang lagu raya. Macam biasa orang akan kata lagu raya dulu-dulu memang lagi kaw-kaw daripada lagu raya sekarang. Nilai sentimental dia lagi kuat. Lirik padu, melodi mantap.

Bagi kami, lagu kegemaran kami sudah tentu daripada Mamat yang bertajuk Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Sedih gile beb lagu nie. Masa belajar kat Korea dulu, kalau dengar lagu lain boleh berlagak macho lagi. Sekali keluar lagu Mamat nie terus mengalir gak setitis dua air mata. Sedih beb ~~

Jadi nak tanya apakah lagu raya kegemaran korang? Kot-kot kalau terajin nanti boleh kompilasikan dan buat satu entri untuk download MP3 lagu raya khas buat anda semua. Baru boleh terasa bahang raya tue kan?

Jangan malu-malu nak sharekan lagu kegemaran anda. Kalau ada cerita di sebaliknya lagilah best.


Comments are closed.

Loading...