Setiap orang ada cerita masing-masing. Ada cerita sedih, cerita gembira, cerita yang memotivasikan dan macam-macam lagilah. Kadang-kadang kita lebih suka memendamkan cerita yang berlaku dalam hidup kita kerana tiada platform untuk berkongsi.
Apabila Abang Nara tahu mengenai Project Listen daripada Prudential ini, diri ini terus teruja. Apa sahaja cerita yang kita ingin kongsikan boleh diâ€upload†ke laman web Project Listen ini. Lagi best kalau cerita tersebut ada mesejnya yang tersendiri.
Setelah berfikir lama, Abang Nara memutuskan untuk berkongsi cerita mengenai pengalaman menjadi ayah. Secara jujur, menjadi ayah ialah the best thing ever happened to Abang Nara. Abang Nara belajar bertolak ansur, menjadi lebih bertanggungjawab dan hidup terasa lebih lengkap dengan kehadiran si comel seorang ini.
Inilah video yang Abang Nara rakam dan upload untuk Project Listen Prudential:-
Jadi apakah cerita anda? Kongsikannya di laman web Project Listen Prudential. Mana tahu ada yang tersentuh dan menjadi lebih bermotivasi dengan cerita anda.