Kebanyakan lelaki di dunia ini pastinya meminati bola sepak. 95% kawan lelaki Abang Nara semuanya ada pemain favourite, kelab favourite dan kenangan terindah yang berkaitan dengan bola sepak. Perempuan pun ada yang minat bola sepak tetapi kebanyakan mereka lebih meminat si pemain berbanding “the game itselfâ€.
Ada yang gemarkan bola sepak kerana kelincahan pemain seperti Cristiano Ronaldo. Ada yang terkesima melihat kehebatan Lionel Messi menggelecek melepasi 4 pemain dengan begitu mudah sekali. Senang cerita, definisi setiap orang tentang bola sepak adalah berbeza daripada pandangannya sendiri.
Jadi what is football to you? Abang Nara tak tahu tentang anda, tetapi 5 sebab di bawah ini ialah makna bola sepak terhadap diri ini.
- Set alarm clock pukul 3 pagi semata-mata untuk tengok game Champions League pasukan kegemaran Abang Nara.
- Menanti penuh debaran pemain manakah yang akan ditandatangani oleh pengurus kelab pasukan kegemaran Abang Nara setiap kali “windows transfer†dibuka.
- Menitiskan air mata apabila pasukan kegemaran Abang Nara tidak bergelar juara liga di saat-saat akhir perlawanan pada season lepas
- Melatih anak yang baru berusia 10 bulan menendang bola dengan harapan dia menjadi pemain bola sepak bila besar nanti
- Mengushar harga tiket kapal terbang ke UK seminggu sekali agar dapat pergi menonton bola sepak secara live di sana
Dan sebab kelima Abang Nara itu mungkin akan tercapai dalam masa terdekat ini. Terima kasih kepada peraduan 90 Seconds To Anfield oleh Standard Chartered, Abang Nara boleh merasai sendiri pengalaman di Anfield dengan hanya mengupload video selama 90 saat.
Macam-macam idea bermain di kepala Abang Nara ini. Ingat nak buat video tunjuk skill gelecek tapi tak berapa pandai. Mungkin Abang Nara akan buat video gaya celebration bila menjaringkan gol. Nyanyi lagu Harimau Malaya pun boleh juga. Apa-apa pun tak kisah katanya.
Kalaulah Abang Nara menang peraduan 90 Seconds To Anfield ini, memang confirm teruja gila-gila punya. Mana taknya, Liverpool player sendiri akan bawak Abang Nara jalan-jalan dalam Anfield. Untung badan boleh jumpa Steven Gerrard. Salah seorang player favourite Abang Nara tue.
So tunggu apa lagi? Kalau korang peminat bola sepak dan peminat Liverpool terutamanya, inilah peluang anda untuk menjejakkan kaki ke Anfield. Buat video 90 saat anda sekarang jugak dan hantarkan ke channel YouTube 90 Seconds To Anfield.