Baru-baru ini personaliti media sosial, Fara Mendoza melenting di Instagram story apabila dituduh terlibat dalam isu pengubahan wang haram yang sedang hangat dibual warganet sekarang.
Dia terkejut kerana namanya diburukkan walaupun tiada kena mengena langsung sebelum ini dan hanya tahu tentang kontroversi tersebut apabila ada yang memberitahunya.
Sumpah aku tak faham netizen ni, apahal nama aku dipetik dalam pengubahan duit haram?
Bukan itu sahaja, dia juga telah mengatakan dirinya sendiri tidak lah hidup semewah yang disangka. Disebabkan itu, Fara terkejut apabila tiba-tiba dikaitkan dengan ‘artis’ yang bermasalah itu.
Tambahnya lagi, personaliti media sosial sensasi ini juga tidak tahu cara dan apa sebenarnya pengubahan duit haram tersebut.
Rasa nak tembak sorang-sorang netizen ni.
View this post on Instagram
Terdahulu, tular isu dimana seorang artis Malaysia telah diburu Bank Negara kerana terlibat dengan jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA). Tambahan pula, selebriti itu dikatakan sering menunjukkan gaya hidup mewah di akaun sosial medianya.
Selepas itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.