Baru-baru ini, di laman Instagram, pengarah Michael Ang ada memuat naik satu hantaran meluahkan rasa berang terhadap influencer, Abang Tesla yang mengeluarkan kenyataan seakan-akan tidak memikir perasaan isteri-isteri.
Dalam luahan marah yang dibuat oleh Michael itu, dia ada menyebut perkataan ‘jongang’ dan itu membuatkan sesetengah netizen berasa kurang senang.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, pengarah tersebut tidak mendiamkan diri sewaktu ditegur oleh netizen.
Dalam pada masa yang sama, ada yang meminta agar Michael tidak menyibuk hal orang lain dan hanya urus diri sendiri sahaja.
Boleh lihat, Michael sama sekali tidak kisah dengan teguran yang diterima dan merasakan kenyataan yang dinyatakan oleh Abang Tesla adalah alasan untuk dirinya berpoligami.