February 21st, 2014

Setiap hari Jumaat, Abang Nara dan rakan-rakan akan bermain badminton. Kononnya nak menjaga stamina dan mengeluarkan peluh. Biasanya kami akan bermain selama 2 jam dengan penuh gaya ala-ala Lee Chong Wei. Memang penat juga dibuatnya. Namun kepenatan itu hilang apabila kami lepak-lepak di kedai mamak, berborak kosong sambil minum teh o panas. Memang masyuk!!!
lee chong weiMasa lepak memang macam-macam cerita yang keluar. Masing-masing bercerita mengenai kehidupan masing-masing. Almaklumlah berjumpa seminggu sekali. “Boys day out” la kononnya nie. Satu hari, salah seorang daripada kawan Abang Nara memberitahu masalah sakit lutut (kalau dalam bahasa omputih osteoarthritis ) yang dialaminya. Seriau jugak mendengarnya.
sakit lutuPaling sedih apabila si kawan memberitahu yang dia mungkin tak dapat turut serta bermain badminton dengan kami lagi kerana sakit lututnya ini. Katanya dia tak boleh buat sebarang aktiviti fizikal sampailah hilang sakit tersebut. Macam-macam lagilah yang diceritakan oleh kawan Abang Nara tue. Sampai kitaorang semua pun naik takut dibuatnya. Iyerlah, mana tahu sakit yang sama jadi kat kitorang pulak.

Balik rumah, teruslah Abang Nara “search” Internet mengenai osteoarthritis. Rupa-rupanya sakit lutut adalah satu penyakit serius yang boleh mengakibatkan kecacatan pada badan kita sekiranya tidak dirawat dengan segera. Tambah menarik, ada fakta yang menyatakan kalau berat badan bertambah, sakit pada lutut juga akan bertambah kerana tekanan. Kawan Abang Nara tue dahlah badannya besar sikit. Itu mungkin salah satu sebab sakit di lututnya agak serius.

Baca punya baca, Abang Nara terjumpa sebuah blog yang menceritakan mengenai masalah sakit lutut yang dialaminya. Menariknya apabila tuan punya blog menceritakan bagaimana amalan pemakanan produk Live-well membantunya mengurangkan sakit lutut tersebut. Excited Abang Nara membacanya. Iyerlah, bolehlah Abang Nara syorkan kat kawan Abang Nara tue supaya cuba makan produk Live-well ini.

sakit lutu

Macam-macam produk yang dikeluarkan oleh Live-well ini. Antaranya ada untuk mereka yang mengalami penyakit darah tinggi, untuk kebaikan mata dan otak, pengaliran darah serta jantung dan macam-macam lagilah. Kesemuanya Abang Nara baca di laman web www.livewell2u.com. Paling best, untuk mereka yang sakit lutut, produk Live-well OsteSAMIN plus Chondroitin adalah nombor 1 di dalam pasaran. Confirm berkesan punyalah, kalau tak camner leh dapat nombor 1 kan?

Terpengaruh dengan apa yang dibaca, Abang Nara pun membuat pembelian beberapa produk Live-well. Bukan untuk kawan Abang Nara, tetapi untuk mak ayah yang tercinta. BIasalah orang tua memang ada sakit-sakit lutut dan sakit-sakit sendi. Jadi Abang Nara belikan untuk diorang. Mana tahu berkesan kan? Sayangnya tak boleh beli online di www.livewell2u.com tetapi produk Live-well ada  dijual di farmasi-farmasi seluruh Malaysia. Senang nak cari. Hampir kesemua farmasi ada jual.
sakit lutuMak ayah Abang Nara sekarang sedang dalam proses mencuba produk Live-well. Baru seminggu dua, namun menurut feedback mereka berdua, memang ada kesan positif. Sakit sendi makin berkurangan, sakit lutut kurang terasa. Paling penting, ketika sembahyang mak dan ayah Abang Nara boleh rukuk dan sujud tanpa rasa sakit. Nak pergi surau depan rumah pun rasa bersemangat sikit. Tak ada sakit-sakit walaupun jalan jauh. Senang sikit nak beribadah kata mereka.
sakit lutuDengan testimoni yang ada, bolehlah Abang Nara syorkan Live-well kepada rakan Abang Nara yang sedang mengalami sakit lutut tue.


Comments are closed.

Loading...