“Apa Yang You Rasa Dalam Diri Tak Cukup Sampai Nak Cari Kesalahan Orang Lain” – Yuna Tak Kisah Cara Pakai Tudung Sering Dikecam

Hiburan

“Apa Yang You Rasa Dalam Diri Tak Cukup Sampai Nak Cari Kesalahan Orang Lain” – Yuna Tak Kisah Cara Pakai Tudung Sering Dikecam

Kadang kala cara pemakaiannya yang lebih dibahaskan dan dibualkan berbanding dengan bakat dimilikinya sebagai penyanyi sehingga berjaya melebarkan sayap hingga ke Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai berkata dia sudah lali dan langsung tidak tersinggung dengan kecaman yang dilemparkan netizen.

Advertisement

Imej dan cara pemakaian terutamanya gaya tudung Yuna sering dikritik netizen kerana dikatakan tidak sesuai dengan wanita berhijab.

Tambahnya, netizen mempunyai hak untuk memberi komen masing-masing dan begitu juga dirinya yang berhak untuk memakai apa sahaja yang disukainya.

Nak cakap apa pun mengenai saya silakan sebab perkara itu tidak langsung menjejaskan diri saya mahupun kerjaya.”

Baginya apa yang lebih penting adalah suami dan keluarga sangat memahaminya selain berpesan kepada mana-mana individu yang sering mengkritik orang lain agar mencari ketenangan dalam diri.

Siapa beri komen negatif itu cuba lihat dalam diri sendiri, fikir kenapa you nak rasa negatif terhadap orang lain. Apa yang dalam diri you yang you rasa tak cukup untuk you nak cari kesalahan orang lain. I harap you jumpa ketenangan lepas ni.”

gaya tudung Yuna dikecam
2 years ago

"Mazhab Amerika Ke" - Gaya Hijab Didakwa Seperti Sudah 'Free Hair', Fesyen Yuna Di NYFW Dipertikai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...