“Apa Yang Takut Sangat Ni, Memang Tak Berdikari Budak Tu..” – Netizen Kecam ‘Trend’ Ibu Bapa Tunggu Anak Depan Kelas

Kehidupan

“Apa Yang Takut Sangat Ni, Memang Tak Berdikari Budak Tu..” – Netizen Kecam ‘Trend’ Ibu Bapa Tunggu Anak Depan Kelas

Baru-baru ini, tular video memaparkan gelagat ibu bapa yang sanggup menunggu anak mereka di luar kelas sambil ‘mengintai’ di tingkap untuk melihat anak mereka yang sedang menjalani sesi pengenalan di dalam kelas.

Guru besar ‘halau’ ibu bapa

Dalam hantaran tersebut, individu yang memuat naik video itu memberi gambaran bahawa situasi itu diambil sebelum ibu bapa semua dihalau oleh guru besar waktu itu.

Advertisement

Menurut individu itu, guru besar meminta agar ibu bapa memberi laluan buat guru-guru beramah mesra dengan murid-murid tersebut.

Netizen kecam ibu bapa

Video berkenaan telah meraih perhatian ramai, di mana majoritinya mengecam trend ibu bapa yang sengaja menunggu anak mereka di luar kelas hinggakan boleh menganggu fokus anak-anak dan lebih teruk, mereka tidak boleh berdikari.

komen

 

Malah, perbuatan sedemikian juga boleh menganggu guru-guru untuk berkenalan dengan murid mereka lebih rapat dan akan lebih tertekan untuk melayan karenah ‘mengada-ngada’ murid kerana tahu ibu bapa mereka sedang menunggu di luar kelas.

lelaki stress kekasih tak setuju jaga ibu sakit kanser
6 days ago

Jaga Ibu Sakit Kanser, Lelaki Stres Teman Wanita Tak Suka - "Dia Kata Ibu Saya Patutnya Pandai Berdikari"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...