Bayangkan makan burger, tapi sosnya sikit atau hampir tak ada langsung, boleh potong selera terus. Sos banyak, melimpah-ruah dekat tepi-tepi, barulah ngam kan geng? Siapa geng makan burger kena sos memang wajib extra banyak baru rasa kick dia tu? Haa, kita memang geng!
Ada berita gempak untuk korang sebabnya, tak perlu bayangkan dah, sebab KFC ada keluarkan burger paling special iaitu, KFC Burger Banjir untuk korang cuba! Boleh all out dan tak perlu risau untuk comot lagi. Burger apa pulak KFC keluarkan ni? Dengar macam best je kan? KFC Burger Banjir adalah signature KFC, Zinger Hot & Spicy yang empuk lagi juicy, ditenggelamkan dalam Sos BBQ Salai, BANJIR!
Sebagai pelengkap KFC Burger Banjir paling padu, burger ini dilengkapi dengan lapisan mayonis dan salad cincang segar, lalu diapit dengan kepingan ban bijan. Lagi banjir, lagi bersepah, mestilah lagi sedap. Dia punya sos banjir tu memang akan bersepah, tapi siapa kisah? Yang penting, orang kata lagi banjir, lagi SURRRRRR!
Biasa makan nasi je kuah banjir ni, tapi kali ni lain dari kebiasaan sebab KFC bagi banjir burger dengan sos meleleh-melehhh. Terbayang pun dah kecur air liur, belum try sendiri lagi tu, korang tak teringin ke?
Time macam sekarang, sos meleleh, mulut comot dengan sos pun tak ada yang memerhati sebabnya kita semua makan di rumah. Tu lagi syok, boleh makan je tak perlu control-control. Lebih-lebih lagi bila nak nikmati KFC Burger Banjir ni, lagi messy, sedap dinikmati!
Dilancarkan bermula 22 Julai 2021 dengan harga RM12.49 dalam beberapa pilihan: (1) A la Carte, (2) Kombo, (3) Box Meal, dan (4) Kombo Aneka yang mengandungi 2 KFC Burger Banjir, 6-ketul nuget dan Cheezy Wedges (Regular).
KFC Burger Banjir boleh mula didapati bermula 22 Julai 2021 ini. Nak rasa sendiri SURRRRR macam mana KFC Burger Banjir ni, boleh la order melalui aplikasi KFC untuk penghantaran atau pick-up.
PS : Dapatkan diskaun 10% apabila anda menggunakan kod promo: BANJIR, eksklusif di KFC Delivery dan aplikasi. Layari www.KFC.com.my untuk maklumat lanjut.