“Apa Yang Sudah Berlaku Biarlah Berlalu..” – Ibu Tak Marah Dengan Pendedahan Myra Natasya, Reda Dengan Apa Yang Terjadi

Hiburan

“Apa Yang Sudah Berlaku Biarlah Berlalu..” – Ibu Tak Marah Dengan Pendedahan Myra Natasya, Reda Dengan Apa Yang Terjadi

Tidak mahu merahsiakan tentang sejarah kelahirannya, pelakon Myra Natasya memohon maaf kepada ibunya kerana sudah mendedahkan tentang statusnya sebagai anak tak sah taraf kepada orang ramai.

Ibu mengakui status

Namun begitu, ibu kepada pelakon ini iaitu Yusnita Omar, 49, berkata dia turut mengakui anaknya lahir bukan di atas pernikahan yang sah bersama bapa kepada anaknya iaitu penyampai radio Halim Othman.

Advertisement

Yusnita juga berkata dia tidak berasa marah atas tindakan anak gadisnya mendedahkan perkara itu kerana apa yang terjadi sudah pun berlalu sekian lama.

Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Allah sudah aturkan semuanya. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Myra Natasya (@myra.natasyaa)

Myra berasa bersalah

Dalam pada itu, Myra turut memohon maaf kepada ibunya atas pendedahan yang terpaksa dilakukan itu. Dia turut bersyukur kerana Yusnita memahami situasinya sebagai seorang ibu.

Saya ada bertanya kepada ibu sama ada dia marah apabila saya mendedahkan semua ini kepada umum.

 

Ibu berkata tidak mengapa, dia faham apa yang saya lalui selama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Myra Natasya (@myra.natasyaa)

Terdahulu, Myra telah mendedahkan dirinya merupakan anak diluar nikah dan ibu serta bapanya, Halim tidak pernah berkahwin di Thailand seperti mana yang didakwa sebelum ini.

7 months ago

"Ibu Bapa Saya Tak Pernah Kahwin Pun.." - Akui Anak Tak Sah Taraf, Myra Natasya Terpaksa Tipu Demi Jaga Nama Baik Bapa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...