“Apa Yang Saya Boleh Cakap, Itu Bukan Saya” – Nik Rafaie Nafi Guna ‘Dating Apps’ & Ajak Wanita Buat Perkara Tak Senonoh

Hiburan

“Apa Yang Saya Boleh Cakap, Itu Bukan Saya” – Nik Rafaie Nafi Guna ‘Dating Apps’ & Ajak Wanita Buat Perkara Tak Senonoh

Pelakon baharu, Nik Rafaie akui terkejut apabila namanya dipetik menggunakan aplikasi mencari jodoh untuk memikat wanita dan mengajak untuk melakukan perkara yang tidak senonoh.

Memetik dari OhBulan!, pelakon itu menegaskan dirinya tidak pernah menggunakan sebarang aplikasi ‘dating’ dan menganggap dakwaan itu timbul disebabkan perkongsian berkenaan kelab sukan yang disertainya, Challo.

Advertisement

Mengenai video yang tular tu, saya tak tahu sangat sebab memang sibuk shooting. Tapi saya ada dengar juga orang cakap pasal ni.

Apa yang boleh saya cakap, itu bukan saya. Lagipun tak ada sebut nama sesiapa cuma ada mention anggota kelab larian.

nik rafaie

Kalau kita lihat sekarang kelab larian yang tengah naik adalah Challo. Mungkin nama saya naik pun kerana ia merupakan hantaran yang dibuat secara umum.

Ruangan komen terbuka kepada semua orang, saya pun tak tahu kenapa nama saya naik. Mungkin disebabkan saya antara ahli aktif dalam kumpulan tersebut.

Namun pelakon itu tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambar miliknya untuk mewujudkan akaun palsu.

nik

Ada sahaja orang yang menggunakan nama dan gambar saya untuk membuat akaun palsu. Tapi apa yang saya boleh kata, saya memang tak ada aplikasi-aplikasi tersebut.

Saya tahu banyak sahaja akaun palsu di media sosial. Orang boleh guna nama dan gambar kita sewenangnya.

Sekiranya ada yang menggunakan kesempatan ini untuk berniat jahat, tak bestlah. Orang lain buat jahat, kita yang kena. Saya sudah menjadi seperti kambing hitam pula.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Ikmal Amry beri respon isu rakan artis tayang badan
1 month ago

"Biasalah, Kalau Ada Badan Cantik Mesti Nak Tunjuk" - Rakan Selebriti Giat Tunjuk 'Body', Ikmal Amry Ambil Pendekatan Tidak Menghakimi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...